Posts

Showing posts from January, 2024

Mahathir 'Koyak', Bangkit Naratif Mengarut

Image
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pilihan raya umum pada tahun ini bagi membuktikan bahawa Anwar mendapat sokongan pengundi. Dakwa Mahathir, Anwar tidak dipilih oleh pengundi kerana gagal mendapat majoriti dua pertiga ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pada 2022. Mahathir turut secara riak mengatakan dia tidak pernah kalah dalam lima PRU dan sering mendapat majoriti dua pertiga. Dia juga mendakwa rakyat tidak pernah menolaknya kerana percaya akan kredibilitinya sebagai Perdana Menteri sebelum ini. SUMBER: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2024/01/22/dr-mahathir-claims-anwar-wasnt-elected-pm-challenges-him-to-hold-snap-polls-now-to-prove-support/113893 Mahathir lupa ketika PRU-14, dia menjadi Perdana Menteri ketujuh meskipun tidak memegang majoriti dua pertiga. Gabungan parti yang disertai ketika itu hanya mendapat majoriti mudah dengan 113 kerusi sahaja. Maknanya dakwaan Mahathir tidak benar sama sek