Mahathir 'Koyak', Bangkit Naratif Mengarut


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pilihan raya umum pada tahun ini bagi membuktikan bahawa Anwar mendapat sokongan pengundi.

Dakwa Mahathir, Anwar tidak dipilih oleh pengundi kerana gagal mendapat majoriti dua pertiga ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pada 2022.

Mahathir turut secara riak mengatakan dia tidak pernah kalah dalam lima PRU dan sering mendapat majoriti dua pertiga.

Dia juga mendakwa rakyat tidak pernah menolaknya kerana percaya akan kredibilitinya sebagai Perdana Menteri sebelum ini.

SUMBER: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2024/01/22/dr-mahathir-claims-anwar-wasnt-elected-pm-challenges-him-to-hold-snap-polls-now-to-prove-support/113893


Mahathir lupa ketika PRU-14, dia menjadi Perdana Menteri ketujuh meskipun tidak memegang majoriti dua pertiga.

Gabungan parti yang disertai ketika itu hanya mendapat majoriti mudah dengan 113 kerusi sahaja.

Maknanya dakwaan Mahathir tidak benar sama sekali bahawa dia kerap mendapat majoriti dua pertiga setiap kali bertanding pilihan raya.

Rejim pemerintahan kedua Mahathir pada 2018-2020 juga tidak menunjukkan perkembangan positif, baik dari segi ekonomi dan sosial rakyat.

Malah, sokongan terhadap pentadbirannya pada masa itu menurun kerana ketidakstabilan politik yang berlaku dalam parti kerajaan pimpinan Mahathir.

Namun, tiada pula yang mendesak Mahathir melakukan pilihan raya ketika itu untuk membuktikan kredibilitinya.

SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/04/26/kajian-populariti-dr-m-merosot-hanya-39-pengundi-puas-hati-dengan-kerajaan-ph/


Mahathir secara tiba-tiba membuat gesaan itu kepada Anwar. Mengapa?

Walhal Mahathir sepatutnya menjelaskan situasi sebenar tentang siasatan terhadap anaknya, Datuk Seri Mirzan yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.

Tapi tiba-tiba Mahathir menukar naratifnya kepada sesuatu yang seakan-akan tidak logik pada pandangan kebanyakan banyak pihak.

Mahathir sebenarnya risau anaknya disiasat oleh SPRM berhubung kes 'bail-out' Konsortium Perkapalan Berhad (KPB) pada 1990-an.

Sebelum Mirzan, pembiaya terbesar Mahathir, Tun Daim turut disiasat oleh SPRM dan bangunan milik Daim disita.

Jika dia berkuasa semula, kroni-kroni Mahathir tentu akan terus selamat. Disebabkan itu, Mahathir mahu Anwar mengadakan PRU pada tahun ini.

Persoalannya, adakah rakyat akan memihak kepada Mahathir? Rasanya tidak. Tengok sahaja bagaimana rakyat menolak Mahathir di Langkawi pada PRU-15.

SUMBER: https://twitter.com/syahredzan/status/1749380305885290598?s=48&t=wnzkWLnKk-qqZTegRSeZ6Q


Mahathir turut mengungkit kisah lama tentang dakwaan bekas penolong gabenor Bank Negara (BNM), Datuk Murad Khalid berhubung akuan berkanun (SD) dibuatnya pada 1999 terhadap Anwar.

Mahathir mendakwa tiada siasatan dijalankan terhadap Anwar kerana memegang jawatan sebagai Perdana Menteri ketika ini.

Mahathir mengatakan hanya Anwar mampu mengarahkan pihak berkuasa menjalankan siasatan.

Namun, apabila ditanya oleh pihak wartawan, mengapa Mahathir tidak menjalankan siasatan terhadap Anwar walhal Mahathir masih menjadi Perdana Menteri sehingga 2003?

Mahathir hanya menjawab Perdana Menteri tiada kuasa mengarahkan sebarang siasatan dilakukan oleh pihak berkuasa.

Bukankah tadi Mahathir menyuruh Anwar sebagai Perdana Menteri mengarahkan siasatan? Tiba-tiba Mahathir kata Perdana Menteri tiada kuasa pula.

Biar orang lain salah, jangan Mahathir salah. Beginilah apabila orang nyanyuk buka mulut.

Mula-mula kata A, tiba-tiba kata B pula. Tak tahu mana satu betul dari mulut Mahathir.

SUMBER: https://twitter.com/ybperpaduan/status/1749338913528041708?s=46&t=FWo0E8A6YqQqCNNhflv13A


Mahathir pandai pusing ayat setakat itu sahaja. Banyak perkara sama diulangi Mahathir ketika sidang media.

Sebenarnya sidang media itu seolah-olah 'kosong' kerana banyak pihak skeptikal dengan Mahathir.

Sebelum bermulanya sidang media khasnya, ramai mempersoalkan kewajaran Mahathir membuat sidang media sedangkan sepatutnya Mirzan yang tampil ke hadapan menjelaskan keadaannya.

Mahathir juga seolah-olah 'koyak' dan cuba menjelaskan semua perkara, walhal dia tidak perlu berbuat demikian jika tidak bersalah.

Tambah aneh, Mahathir ungkit kisah lama dan secara tiba-tiba mahu Anwar mengadakan pilihan raya umum tahun ini.

Kata-kata dan tindakan Mahathir sangat mencurigakan tetapi ramai tahu dia mahu menyelamatkan kroni-kroninya sahaja.

Comments

Popular posts from this blog

Mahathir Buat Boleh, Orang Lain Buat Tak Boleh

Tipu Muslihat Tender Kerajaan Anak-Anak Mahathir