Posts

Showing posts from January, 2023

Asiah, Peguam Kontroversi Yang Sombong!

Image
Perbicaraan kes melibatkan 'adik Bella' baru-baru ini memasuki episod baru apabila kesemua peguam yang mewakili tertuduh, Siti Bainun menarik diri. Siti Bainun sebelum ini melantik 10 orang peguam untuk membelanya. Namun, kes perbicaraan tersebut mendapat perhatian Keluarga Diraja Johor dan membantu adik Bella. Salah seorang peguam kontroversi, Asiah Abd Jalil baru-baru ini memuat naik status mengutuk Keluarga Diraja Johor. Dia mendakwa mana-mana kerabat diraja tidak sewajarnya campur tangan dalam sebarang kes mahkamah. Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/240968/berita/semasa/siti-bainun-menangis-semua-peguam-tarik-diri Untuk pengetahuan Asiah, mana-mana kerabat diraja berhak menyuarakan pandangan dan pendapat mengikut Perkara 10 Perlembagaan. Kalau kerabat diraja mahu mencampuri keputusan mahkamah, baik dilakukan secara senyap-senyap tanpa pengetahuan sesiapa. Tetapi kerabat diraja menyuarakan pandangan menerusi media sosial atau erti kata lain, secara terbuka. Car