Dian Lee Bermuka-muka, Terpalit Skandal BAL

Kecoh sebentar Malaysia apabila ahli perniagaan negara ini, John Soh Chee Wen dan teman wanitanya, Quah Su Ling didakwa atas pertuduhan menjadi dalang kes manipulasi pasaran terbesar di Singapura melibatkan wang lebih AS$ 8 bilion daripada pasaran saham negara tersebut pada Oktober 2013. Soh ditahan sejak November 2016 dan berdepan 188 pertuduhan! Malahan Su Ling juga berdepan 169 pertuduhan melibatkan manipulasi pasaran dan penipuan. Soh dikenakan hukuman penjara selama 9 tahun. Sumber: https://www.thestar.com.my/aseanplus/aseanplus-news/2022/05/05/john-soh-quah-su-ling-found-guilty-in-singapore039s-s8bil-penny-stock-crash Namun Soh hanyalah 'boneka' di sebalik mereka yang turut terbabit dalam kes berkenaan. Antara yang terlibat adalah anak pengasas Country Heights, Tan Sri Lee Kim Yew iaitu Dian Lee serta suaminya, Datuk Jared Lim. Dian Lee pernah buat kecoh sebelum ini apabila menyertai Muda dan dilantik menjadi AJK Pusat parti itu. Sumber: https://www.utusan.com.my/terkini...