G25 Hanya Pandai ‘Menyalak’

Kumpulan bekas penjawat awam (G25) Malaysia sudah lama bertapak di negara ini. Asas penubuhan G25 ini adalah memastikan kesedaran, mempromosikan undang-undang Syariah dan mendokong Islam sebagai agam rasmi negara. Individu yang menyertai kumpulan ini bukan calang-calang orangnya. Semuanya pernah memegang jawatan terpenting dalam kerajaan. Malangnya, tindakan kumpulan tersebut dilihat bercanggah dengan asas penubuhan kumpulan berkenaan. Sebagai contoh, beberapa isu kontroversi berkaitan agama Islam cuba dibangkitkan oleh kumpulan itu namun apa yang jelas, hanya liberalisme ditonjolkan oleh G25. Sumber: https://www.theedgemarkets.com/article/11-more-prominent-malays-join-g25 Tahun lalu, G25 meminta mahkamah menarik balik pendakwaan terhadap ahli perniagaan kosmetik, Muhammad Sajjad Bin Kamaruz Zamanyang didapati bersalah berpakaian wanita di majlis agama. Dakwa G25, Muhammad Sajjad hanya boleh dituduh melakukan kesalahan tersebut sekiranya mempunyai tujuan tidak bermoral. Secara zahirny...