Posts

Showing posts from July, 2022

Mahathir Cuba Tegak Benang Yang Basah

Image
Tun Dr Mahathir Mohamad sehingga kini masih tidak mahu mengaku salah berhubung isu pemilikan Pulau Batu Puteh yang terlepas ke tangan Singapura pada 2018. Tindakan Mahathir yang ketika itu merupakan Perdana Menteri, menjadi tanda tanya banyak pihak terutamanya situasi tersebut berlaku selepas sebulan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinannya mengangkat sumpah. Proses tuntutan terhadap Pulau Batu Puteh sejak 2008 menjadi 'sia-sia' kerana tindakan tidak masuk akal dilakukan oleh Mahathir. Sehingga ke hari ini, tiada siapa mampu merungkai sebab utama Mahathir berbuat demikian dan alasan demi alasan diberikan oleh Mahathir, hanyalah bersifat dangkal. Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/168174/BERITA/Nasional/Isu-Pulau-Batu-Puteh-Dr-Mahathir-tidak-jawab-persoalan-sebenar Pulau Batu Puteh bukanlah sebarangan pulau, tetapi mempunyai kelebihan tersendiri yang mencetuskan pertikaian antara dua negara iaitu Malaysia dan Singapura. Kedudukan Pulau Batu Puteh amat strategik di