Posts

Showing posts from April, 2024

Mahathir 'Kuat Wayang' Sahaja

Image
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad buat tuduhan tidak berasas kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana melayannya seperti penjenayah. Dia juga menuduh undang-undang ketika ini adalah untuk mengancam rakyat. Bagaimana individu yang sama mencetuskan kontroversi Ops Lalang dan memanipulasi undang-undang ikut suka hati buat tuduhan sedemikian? Sekurang-kurangnya Mahathir tidak disumbat dalam penjara seperti dia pernah lakukan terhadap musuh politiknya. Mahathir patut bersyukur masih bebas dan boleh memberikan pelbagai kenyataan 'merepek' secara terbuka seperti sekarang. SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/04/1235991/dr-mahathir-dakwa-undang-undang-kini-mengancam-rakyat Mahathir lupa siapa yang melaksanakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sewenang-wenangnya? Mahathir lupa tentang kejadian Ops Lalang pada 1987 yang menyebabkan lebih 100 orang ditahan di kem tahanan di Kamunting, Taiping selama dua tahun? Sudah tentu dia lupa ker