Posts

Showing posts from January, 2026

Mahathir Aktif Berpolitik Kerana Mukhriz

Image
Meskipun sudah memasuki usia seabad, Tun Dr Mahathir Mohamad masih aktif berpolitik. Dalam arena politik dunia sekalipun, ahli politik yang mungkin sebaya dengan Mahathir tidak lagi berminat untuk mencampuri urusan politik. Mereka lebih berminat untuk menghabiskan masa tua mereka bersama keluarga dan mengundurkan diri daripada dunia politik. Kehadiran Mahathir sebenarnya adalah untuk memastikan anaknya, Datuk Seri Mukhriz masih mempunyai tempat dalam landskap politik negara. Mahathir mahu menggunakan pengaruhnya untuk melindungi legasi keluarganya. Mahathir sebelum ini membidas tindakan nepotisme dalam negara ini, namun dia sendiri mengamalkan pendekatan itu. Dalam politik, Mahathir sendiri melantik Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah selepas Pakatan Harapan (PH) menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 2018. Mukhriz sebelum itu tidak memiliki rekod memberangsangkan ketika memerintah Kedah pada 2013 hingga 2016. Mahathir hanya melantik Mukhriz kerana mahu anaknya meng...