Posts

Showing posts with the label Syed Saddiq

Muar Kian Terabai Di Bawah Syed Saddiq

Image
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakhiri 2024 dengan kegagalannya untuk memajukan kawasan Parlimen berkenaan. Syed Saddiq dilihat lebih banyak bermain retorik berbanding melaksanakan usaha memajukan Muar. Ada juga Syed Saddiq menggunakan 'peluang yang terhidang' untuk mengangkat dirinya sebagai wira kawasan Parlimen tersebut. Namun, kita sedia maklum Syed Saddiq sejak dahulu memang tidak pandai menguruskan Muar. Balik-balik menyalahkan kerajaan. Tiada perkara lain yang mahu dilaungkan oleh Syed Saddiq sepanjang 2024. Bagaimana Syed Saddiq mahu memajukan Muar kalau diri sendiri sibuk bermain kejohanan marathon di sana sini? Kalau pencapaiannya mengagumkan tidak apa, tetapi ada pula isu dia menipu rekod masa lariannya. Cuba menipu rakyat dengan menayangkan gambarnya mengangkat trofi, rupa-rupanya Syed Saddiq dibatalkan kelayakannya dalam kejohanan itu. Bagaimana rakyat hendak mempercayai Syed Saddiq? Rekod masa larian marathon pun dia cuba tipu. Tak kisah mahu...

Syed Saddiq Acah-Acah Hero Rakyat

Image
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman nak tunjuk dia hero rakyat. Dia pandai-pandai mendakwa projek Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) di Muar adalah cetusan idea dia. Syed Saddiq dakwa dia sendiri yang mencadangkan kepada pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk melaksanakan projek itu. Namun sebenarnya idea untuk membina TMIYC di Muar adalah inisiatif Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail untuk memperkasakan pembangunan golongan belia di negeri itu. Bagaimana Syed Saddiq boleh mendakwa projek TMIYC di Muar adalah idea dia sendiri untuk penduduk Muar? Tak malukah ambil kredit atas idea pihak lain? SUMBER: https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=371302359147423&id=100088029841839&mibextid=WC7FNe Syed Saddiq mendakwa setiap bulan dia melawat tapak projek berkenaan di Muar. Walhal, sebenarnya dia telah mengabaikan projek itu sehinggakan Menteri Besar Johor terpaksa campur tangan dan mengarahkan kontraktor untuk menyiapkan TMIYC di Muar dengan ...

Syed Saddiq Terbukti Bersalah!

Image
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman disabitkan bersalah atas empat pertuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram. Syed Saddiq dijatuhkan hukuman selama tujuh tahun dan denda sebanyak RM10 juta. Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid membuat keputusan itu mendapati pendakwaan berjaya melepasi keraguan munasabah untuk semua pertuduhan. Syed Saddiq didakwa menyeleweng sejumlah RM1.12 juta milik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), yang merupakan dana sumbangan untuk kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada tahun 2018. Dia didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim Razali, yang diamanahkan dengan dana tersebut, untuk melakukan pecah amanah. Dia juga didakwa menyalahgunakan wang sumbangan sebanyak RM120,000 untuk kegunaan peribadi. Selain itu, Syed Saddiq turut didakwa mengubah wang haram sebanyak RM100,000 melalui dua transaksi bank pada tahun 2020. Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2023/11/1175016/syed-saddiq-kena-jel-7-tahun-denda-rm10-juta-dua-s...

Amira Aisya Lupa Tanggungjawab Kepada Rakyat

Image
Timbalan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Amira Aisya Abdul Aziz sebelum ini mengumumkan menyertai 'International Visitor Leadership Program' (IVLP) di Amerika Syarikat (AS) selama sebulan. Tindakan Amira Aisya bagaimanapun menerima kritikan daripada segelintir pihak. Mereka mempertikaikan kewajaran Amira Aisya untuk meninggalkan kawasan Parlimennya selama sebulan. Sebagai seorang ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mewakili suara dan kepentingan rakyat di kawasan DUN, sememangnya tidak wajar untuk Amira Aisya meninggalkan kawasan Parlimennya. Amira Aisya menunjukkan ketidakmatangannya dalam menentukan baik dan buruk tindakannya itu meninggalkan kawasan Parlimen untuk jangka masa lama. Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/243647/berita/politik/adun-puteri-wangsa-terpilih-sertai-ivlp-di-as Amira Aisya masih tidak memahami kepentingan ADUN menguruskan kawasan Parlimennya dengan baik. Situasi itu akan menyebabkan rakyat di kawasan Puteri Wangsa terasa...

Apabila Liberal Bercakap Soal Agama

Image
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini mengatakan menghadiri upacara sambutan Hari Thaipusam tidak akan mengurangkan keimanannya terhadap agama Islam. Respon Syed Saddiq itu timbul berikutan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd. Na’im Mokhtar menasihati umat Islam untuk tidak terlibat atau mengambil bahagian dalam sambutan Hari Thaipusam. Syed Saddiq perlu tahu bahawa nasihat itu merupakan ketetapan panduan yang dikeluarkan oleh Mufti Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah iaitu Islam membataskan hubungan tersebut di dalam perkara-perkara kepercayaan dan amalan keagamaan. Panduan itu menyebut batas tersebut sebagai sempadan yang damai, bersemangat toleransi dalam menerima kebebasan dalam mengamal kepercayaan dan amalan agama masing-masing. Justeru, dengan prinsip ini, umat Islam adalah dilarang daripada terlibat menyertai apa- apa ritual perayaan agama bukan Islam kerana ia bertentangan dengan prinsip akidah Islam. Panjang lebar ke...

Syed Saddiq Tak Habis-Habis Menipu

Image
Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tak habis-habis mahu menipu rakyat. Kalau sembang di media dan media sosial, bukan main rancak lagi. Namun, kalau hendak menipu pun, janganlah sampai kantoi. Sekarang ini zaman teknologi maklumat, semua benda boleh dicari dengan mudah. Kalau sekadar masuk politik untuk menipu rakyat, lebih baik buang saja jawatan itu. Tak guna hentam orang sana sini, tapi Syed Saddiq sendiri pun kuat menipu rakyat. Sumber: https://www.utusan.com.my/terkini/2021/06/jangan-bohong-untuk-jadi-popular-syed-saddiq-mesti-minta-maaf/ https://soscili.my/seorang-nelayan-mendedahkan-apa-syed-saddiq-buat-dalam-isu-tambak-laut-muar/ Baru-baru ini, Syed Saddiq mengedarkan laporan prestasinya di Muar. Menurut kad laporan prestasinya itu, Syed Saddiq mendakwa peruntukan sebanyak RM20 juta disalurkan kepada belia di Muar. Namun foto yang digunakan serta peruntukan yang disebut tidak selari dengan laporan prestasinya. Foto yang digunakan dalam k...

Syed Saddiq Penyokong Keganasan

Image
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq begitu terdesak untuk menang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) sehingga tidak kisah untuk bekerjasama dengan parti yang dianggotai oleh pengganas. Sudah beberapa kali Pakatan Harapan terpalit dengan isu keganasan, namun Syed Saddiq masih mahu bekerjasama dengan 'parti pengganas'. Tapi tiada yang pelik tentang Syed Saddiq kerana asalkan kepentingan politiknya tercapai, dia tidak kisah untuk melakukan apa sahaja. Sikap hipokrit Syed Saddiq jelas kelihatan apabila dulu mengutuk keganasan, alih-alih bekerjasama pula dengan parti yang menyokong keganasan. Cuma, rakyat perlu faham sekiranya peluang diberikan kepada Syed Saddiq dan parti pengganas untuk memerintah negara ini, jahanam Malaysia. Sumber: https://www.malaysia-today.net/2019/10/11/pakatan-harapan-is-a-threat-to-malaysias-security/ https://www.facebook.com/SinarHarian/photos/pemimpin-malaysia-kutuk-serangan-di-sri-lankamenteri-belia-dan-sukan-syed-saddiq/10157545051519883/ Ketika PH me...

10 Kegagalan Syed Saddiq Di Muar

Image
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini mengatakan ingin terus berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Muar dan berharap rakyat akan membantu kempennya dalam Pilihan Raya Umum (PRU) kelak. Syed Saddiq mengatakan tugasnya di Muar masih belum selesai kerana banyak lagi mahu dilakukannya. Geli pula apabila membaca kenyataan Syed Saddiq. Masakan tidak, ketika diberi peluang, tidak mahu guna sepenuhnya. Apabila terdesak, merayu kepada rakyat supaya menyokong dia. Banyak kegagalan yang berlaku sepanjang Syed Saddiq menjadi Ahli Parlimen Muar. Sumber: https://malaysiapost.com.my/2022/10/03/syed-saddiq-ingin-terus-berkhidmat-di-parlimen-muar/ Awal tahun ini, Syed Saddiq mendakwa Kerajaan Negeri Johor menghalang sukarelawan Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) daripada menghulurkan bantuan banjir di Johor, khususnya penduduk Muar. Namun, Kerajaan Negeri Johor mengatakan dua permohonan MUDA untuk menghantar bantuan di Segamat sudah diluluskan namun bayang-bayang Syed Saddiq tidak...

Sejauh Mana Kebenaran MUDA Bukan Proksi Mahathir?

Image
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) baru-baru ini menyatakan niat untuk bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Malahan, Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman awal-awal lagi sudah mengumumkan MUDA akan bertanding dalam 15 kerusi pada PRU kelak. Timbalan Presiden MUDA, Amira Aisya Abd Aziz mengatakan mahu berjumpa dengan PH bagi membincangkan salah faham yang berlaku antara kedua-dua parti. Amira Aisya juga menafikan pelbagai dakwaan yang dibuat oleh pelbagai pihak terhadap MUDA seperti parti itu adalah proksi serta ejen kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan parti PEJUANG. Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/09/999102/muda-bukan-ejen-proksi-pejuang-atau-tun-m Persoalan yang timbul adalah sama ada betul atau tidak penafian yang dibuat oleh Amira Aisya. Semua sedia maklum, Syed Saddiq amat setia dengan Mahathir sejak ahli Parlimen Muar itu menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Malaha...