Posts

Showing posts from October, 2022

10 Kegagalan Syed Saddiq Di Muar

Image
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini mengatakan ingin terus berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Muar dan berharap rakyat akan membantu kempennya dalam Pilihan Raya Umum (PRU) kelak. Syed Saddiq mengatakan tugasnya di Muar masih belum selesai kerana banyak lagi mahu dilakukannya. Geli pula apabila membaca kenyataan Syed Saddiq. Masakan tidak, ketika diberi peluang, tidak mahu guna sepenuhnya. Apabila terdesak, merayu kepada rakyat supaya menyokong dia. Banyak kegagalan yang berlaku sepanjang Syed Saddiq menjadi Ahli Parlimen Muar. Sumber: https://malaysiapost.com.my/2022/10/03/syed-saddiq-ingin-terus-berkhidmat-di-parlimen-muar/ Awal tahun ini, Syed Saddiq mendakwa Kerajaan Negeri Johor menghalang sukarelawan Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) daripada menghulurkan bantuan banjir di Johor, khususnya penduduk Muar. Namun, Kerajaan Negeri Johor mengatakan dua permohonan MUDA untuk menghantar bantuan di Segamat sudah diluluskan namun bayang-bayang Syed Saddiq tidak