Posts

Showing posts with the label PAS

Mahathir Buat Boleh, Orang Lain Buat Tak Boleh

Image
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa UMNO akan hilang sepenuhnya pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) sekiranya kekal bersama DAP. Mahathir mendakwa kekalahan UMNO pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman menjadi bukti bahawa sokongan terhadap UMNO semakin berkurangan. Namun, Mahathir masih tidak sedar diri menyuarakan pandangan 'cemburunya' walhal partinya sendiri iaitu Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) sebelum ini tidak mampu dikelola dengan baik. Bukan sahaja tidak dikelola dengan betul, malah kesemua calon PEJUANG yang bertanding pada PRU-15 hilang wang deposit. Mahathir sendiri turut ditolak sekeras-kerasnya oleh pengundi Langkawi sehingga hilang wang deposit. UMNO sekurang-kurangnya masih menang di beberapa negeri dan mendapat sokongan daripada pengundi Melayu. Mahathir hanya menggunakan kekalahan UMNO pada PRK Kemaman sebagai indikator, sedangkan banyak lagi faktor lain perlu dilihat sebelum mengeluarkan kenyataan sedemikian. Sumber: https://www.malaysia...

PAS 'King Maker' Hanya Mitos

Image
Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mendakwa parti berkenaan merupakan 'king maker' di negara ini. Muhammad Sanusi mendakwa mana-mana gerakan politik di negara ini memerlukan penglibatan parti berkenaan. Dia juga merasakan gerakan politik di negara ini tidak akan ke mana-mana tanpa melibatkan PAS. Soalnya, sejauh mana kebenaran dakwaan Muhammad Sanusi tentang PAS adalah 'king maker'? Adakah apa yang didakwa oleh Muhammad Sanusi itu mencerminkan realiti sebenar PAS dalam politik negara ini? Sumber: https://www.utusan.com.my/nasional/2023/08/pas-king-maker-gerakan-politik-perlu-libatkan-kami-sanusi/ Kalau benar PAS adalah 'king maker', mengapa parti seperti UMNO menolak hasrat PAS untuk bekerjasama semula? PAS sendiri tiada hala tuju jelas khususnya dalam soal perpaduan ummah dengan parti lain. Maka, bagaimana parti itu boleh menjadi 'king maker' yang sebenarnya? Politik Malaysia ini bukan hanya tertumpu kepada satu arah sa...

Retorik Perkauman PN Bakal Memakan Diri Sendiri

Image
Retorik perkauman yang dicetuskan oleh Perikatan Nasional (PN) saban hari hanya mengundang kritikan kepada gabungan berkenaan. Isu perkauman merupakan sesuatu yang sensitif untuk dibicarakan dalam negara ini memandangkan Malaysia mempunyai masyarakat yang berbilang kaum. Apakah tujuan dan matlamat PN sebenarnya? Mengapa cuba memecahbelahkan rakyat dengan retorik perkaumannya? Apakah tiada modal lain untuk dibangkitkan terhadap kerajaan? Mengapa perlu guna isu yang sensitif semata-mata mahu mencapai kepentingan politik peribadi? Sumber: https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/413236 Pada November lalu, Ketua Pemuda PAS, Shahiful Nasir mendakwa penyokong Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) akan dimasukkan ke neraka jika mengundi kedua-dua gabungan tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Dalil mana yang digunakan oleh PAS untuk mengeluarkan kenyataan songsang sebegitu. Kenyataan sebegitu hanya memburukkan persepsi orang ramai terhadap Islam. PN tergamak menggunak...

Relevan Lagikah Syed Saddiq Di Muar?

Image
Menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang berkemungkinan diadakan pada penghujung tahun ini atau 2023, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mengumumkan akan bertanding dalam 15 kerusi Parlimen. MUDA turut akan bersaing di Sabah dan Sarawak kerana yakin akan kebolehan parti itu meraih undi yang tinggi di Borneo. Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sekali lagi bakal menjadi taruhan parti berkenaan di Muar, Johor. Persoalan yang timbul, adalah sama ada Syed Saddiq masih kekal relevan di Muar atau tidak. Ketika PRU-14 pada 2018, Syed Saddiq menewaskan Datuk Seri Razali Ibrahim (BN-UMNO) dan Abdul Aziz Talib (PAS) dengan majoriti 6,953 undi. Syed Saddiq membentangkan pelbagai manifesto seperti janji untuk mewujudkan peluang pekerjaan dan membina rumah untuk penduduk Muar selain ditambah dengan kemarahan orang ramai terhadap UMNO pada masa itu. Selepas memenangi kerusi Parlimen tersebut, Syed Saddiq berkata, beliau masuk dalam arena politik untuk mengembalikan kuasa kepada ...