Relevan Lagikah Syed Saddiq Di Muar?

Menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang berkemungkinan diadakan pada penghujung tahun ini atau 2023, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mengumumkan akan bertanding dalam 15 kerusi Parlimen.

MUDA turut akan bersaing di Sabah dan Sarawak kerana yakin akan kebolehan parti itu meraih undi yang tinggi di Borneo.

Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sekali lagi bakal menjadi taruhan parti berkenaan di Muar, Johor.

Persoalan yang timbul, adalah sama ada Syed Saddiq masih kekal relevan di Muar atau tidak.

Ketika PRU-14 pada 2018, Syed Saddiq menewaskan Datuk Seri Razali Ibrahim (BN-UMNO) dan Abdul Aziz Talib (PAS) dengan majoriti 6,953 undi.

Syed Saddiq membentangkan pelbagai manifesto seperti janji untuk mewujudkan peluang pekerjaan dan membina rumah untuk penduduk Muar selain ditambah dengan kemarahan orang ramai terhadap UMNO pada masa itu.

Selepas memenangi kerusi Parlimen tersebut, Syed Saddiq berkata, beliau masuk dalam arena politik untuk mengembalikan kuasa kepada rakyat supaya tidak akan ada mana-mana pemimpin atau parti politik yang terlalu berkuasa.

Selain itu, Syed Saddiq mahu menjadikan Muar sebagai enjin ekonomi Utara Johor. Malangnya, sehingga kini, tiada apa yang tercapai di Muar khususnya.

Sebelum menjadi ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq memuat naik video di Facebook, menunjukkan kawasan yang bakal dibangunkan untuk menjadi lokasi penempatan 1,000 buah rumah mampu milik di Johor.

Namun, sehingga ke hari ini, janjinya itu tidak ditunaikan malahan warganet masih terus melemparkan sindiran kepada beliau di media sosial. Meskpun janjinya itu tampak kecil, namun memberi 1001 makna kepada penduduk Muar khususnya golongan B40 sekiranya berjaya direalisasikan.

Bagi memastikan Muar menjadi sebuah enjin ekonomi seperti diimpikan oleh Syed Saddiq, isu rakyat perlu diselesaikan terlebih dahulu. Lebih banyak Syed Saddiq memberi, lebih banyak beliau akan dapat daripada rakyat. Rakyat juga pastinya bersemangat untuk membangunkan Muar sekiranya Syed Saddiq benar-benar mengotakan janjinya.

Sumber: https://stg.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/05/03/syed-saddiq-janji-bina-1000-rumah-mampu-milik-di-muar/

Tahun lalu, Syed Saddiq didakwa cuba 'bermain wayang' dengan membawa bantuan kepada seorang warga emas di Muar semata-mata untuk kandungan media sosialnya.

Pakcik Rahmat atau Wak Suyak, 69, pernah digambarkan oleh Syed Saddiq dalam Facebooknya, hidup dalam penuh kedaifan di Kampung Parit Pali.

Namun menurut Ketua Kampung Sri Menanti 7, Abdul Malik Siman menafikan dakwaan yang dibuat tentang kedaifan hidup Wak Suyak.

Wak Suyak sebenarnya sudah menerima bantuan iaitu sebuah rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di kampungnya dan ahli jawatankuasa kampung tersebut setiap hari menghantar makanan kepada warga emas tersebut.

Malahan, Wak Suyak sendiri dalam satu rakaman video mengakui telah menerima bantuan daripada pelbagai pihak.

Sumber: https://www.mynewshub.tv/2021/06/mampukah-syed-saddiq-terselamat-kali-ini/

Syed Saddiq pada tahun lalu juga melaksanakan program bank makananan (food bank) kepada penduduk Muar. Namun, lain pula jadinya apabila polis mahu menutup lokasi penyerahan bantuan tersebut iaitu pejabat Parlimen Muar atas sebab pelanggaran prosedur operasi standard (SOP).

Niat murni Syed Saddiq perlu dipuji tetapi beliau patut lebih peka tentang SOP sebelum melaksanakan program bantuan. Syed Saddiq boleh menyewa sebuah lokasi yang lebih luas atau mengagihkan bantuan berkenaan kepada wakil penduduk untuk diedarkan kepada golongan sasaran.

Isu pelanggaran SOP ini bukan terhenti itu sahaja namun juga berlaku ketika bencana banjir yang melanda Johor sekitar akhir tahun lalu dan awal tahun ini.

Enam sukarelawan bantuan banjir MUDA di Segamat, Johor, disoal siasat polis berhubung dakwaan melanggar prosedur semasa menyampaikan bantuan di dalam pusat perlindungan sementara (PPS) kerajaan.

Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/banjir-syed-saddiq-perlu-tahu-prosedur-saringan-covid19-di-johor-bastien-340784

Bercakap soal bencana banjir di Johor, Syed Saddiq juga gagal memunculkan diri lebih awal ketika penduduk Muar dilanda musibah.

Majlis Belia Daerah Segamat kesal dengan kenyataan dan tindakan Syed Saddiq yang telah mempolitikkan isu bencana banjir di Johor.

Pengerusi Majlis Belia Daerah Segamat, Mohd. Faiz Mohamad berkata, meskipun bencana banjir telah bermula sejak 31 Disember, namun Syed Saddiq hanya tiba ke Segamat bagi melaksanakan misi banjir di daerah berkenaan, selang seminggu dua kemudian.

Sumber: https://www.utusan.com.my/berita/2022/01/syed-saddiq-pulanglah-ke-muar-jangan-politik-isu-banjir-segamat/

Syed Saddiq dilihat menghadiri sebuah program radio swasta negara pada 5 Januari lalu, sedangkan rakyat Muar ternanti-nanti kelibatnya untuk menghulurkan bantuan. Sewajarnya, Syed Saddiq perlu mengutamakan perkara yang perlu diberi perhatian terlebih dahulu.

Naratif 'wayang' Syed Saddiq bukan sengaja dibangkitkan oleh mana-mana pihak namun dicetuskan sendiri oleh beliau tanpa dipinta. Wujud persoalan tentang tujuan sebenar Syed Saddiq memasuki dunia politik? Mahu glamor semata-mata atau benar-benar melakukan tugasnya sebagai ahli Parlimen?

Penduduk Muar sebenarnya tidak lagi mempercayai kata-kata dan janji manis Syed Saddiq. Rata-rata penduduk Muar mengatakan Syed Saddiq tidak lagi kelihatan selepas memenangi PRU-14. Ada penduduk Muar yang mengadu elaun bantuan mereka dipotong ketika Pakatan Harapan (PH) memerintah. Ada juga penduduk yang enggan Syed Saddiq datang berkempen kepada mereka.

Sumber: https://www.malaysianow.com/my/news/2022/03/10/mengapa-muda-tidak-bertanding-dalam-parlimen-muar-pada-prn-johor

Penduduk Muar sendiri mengatakan, Syed Saddiq perlu melaksanakan segala janji dan kerja yang ingin dibuat untuk mendapatkan kepercayaan rakyat. Tabur janji kosong, sesiapa sahaja boleh melakukannya. Sebagai wakil rakyat yang dipilih, Syed Saddiq sepatutnya memberikan ‘extra effort’ kepada penduduk Muar kerana tanpa mereka, tidak mungkin beliau akan menjawat portfolio berkenaan.

Masa Syed Saddiq semakin suntuk. Untuk meraih sokongan pengundi di Muar juga tidak lagi relevan kerana rakyat sudah muak. Apakah ‘taktik’ yang akan dibawa oleh Syed Saddiq untuk mendapatkan kepercayaan penduduk Muar? Sama-sama kita nantikan.

Comments

Popular posts from this blog

Mahathir Buat Boleh, Orang Lain Buat Tak Boleh

Tipu Muslihat Tender Kerajaan Anak-Anak Mahathir

Mahathir 'Koyak', Bangkit Naratif Mengarut