Kenyataan Berlagak Mahathir Tentang Pak Lah


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan perkara yang paling diingatinya tentang Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah keputusannya meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 2009.

Itu adalah satu bentuk nostalgia yang paling 'petty' dalam politik Malaysia.

Adakah tindakan Pak Lah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri merupakan satu kepuasan bagi Mahathir?

Bukankah banyak lagi perkara yang dilakukan oleh Pak Lah sepanjang memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, boleh dikenang?
Pada 2008, Mahathir desak Pak Lah letak jawatan selepas dia mendakwa Perdana Menteri kelima itu memusnahkan Barisan Nasional (BN).

Setahun selepas itu, Pak Lah meletakkan jawatan dan terus bersara daripada dunia politik.

Mahathir mengatakan itulah cara di negara ini, apabila seseorang bersara, dia pergi dengan mudah tanpa masalah dan tugas diserahkan kepada pengganti.

Persoalannya, Mahathir yang sepatutnya 'bersara' sejak 2003 kenapa masih sibuk dengan urusan politik negara?

Sepatutnya Mahathir mencontohi langkah Pak Lah yang terus bersara dan tidak lagi mencampuri sebarang urusan pemerintahan negara sehingga hayatnya yang terakhir.

Namun, Mahathir yang menginjak 100 tahun masih memekak sana dan sini tentang apa yang tidak betul di matanya.
Pak Lah yang dikenali dengan pendekatan sederhana, lembut dan lebih berhemah, bukanlah musuh yang garang.

Dalam dunia Mahathir, pemimpin yang tidak agresif dianggap lemah.

Kelemahan adalah satu jenayah besar dalam kamus politik beliau.

Mungkin juga Mahathir tidak tahan melihat Pak Lah lebih tenang, lebih diterima sebagai 'ayahanda' yang tidak suka gaduh.

Atau mungkin, dia hanya cemburu kerana Pak Lah bersara dengan lebih tenang, lebih bermaruah dan dan tidak perlu balik semula jadi PM versi 2.0 untuk membetulkan ‘kesilapan orang lain’.
Di mata Mahathir, dia adalah Perdana Menteri yang sempurna untuk negara ini.

Dia akan singkirkan mana-mana penggantinya yang dianggap tidak sesuai di matanya.

Tengoklah macam mana dia singkirkan Pak Lah, singkirkan Najib dan sekarang ini dalam misi untuk menyingkirkan PMX.

Mahathir akan buat apa sahaja asalkan hasratnya untuk terus menjadi Perdana Menteri tercapai.

Sudah tentu dia mahu menyelamatkan kroni-kroninya apabila menjadi Perdana Menteri dan segala urusan pemerintahan negara dapat bergerak mengikut acuannya yang sudah lapuk.
Mahathir walaupun sudah dikenang sebagai negarawan tetap memilih mahu menjadi pemain politik yang paling suka melihat orang lain gagal.

Mungkin Mahathir boleh membuat dokumentari bertajuk 'Bila orang lain letak jawatan, itulah highlight hidup aku'

Kenyataan spontan Mahathir tentang momen mengenai Pak Lah itu adalah satu bentuk naratif yang menunjukkan dia tak boleh 'move on'.

Sepatutnya banyak lagi perkara yang boleh diperkatakan oleh Mahathir tentang Pak Lah.

Namun Mahathir tetap mahu mengatakan dia adalah Perdana Menteri paling sempurna antara semua Perdana Menteri lain.

Comments

Popular posts from this blog

Kata-Kata Razak Baginda Mencurigakan

Jangan Tertipu Dengan Permainan Politik Mahathir

Muar Kian Terabai Di Bawah Syed Saddiq