Posts

Showing posts from July, 2023

Jangan Cuba Jentik Api Permusuhan Kaum, Mahathir!

Image
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kerap kali memainkan sentimen perkauman dalam ucapannya. Mahathir seolah-olah cuba menghidupkan api permusuhan antara kaum di negara ini. Sekejap memperjuangkan Melayu namun mengkritik Melayu di khalayak ramai. Sekejap dia membuat sindiran kepada kaum Cina serta India dan kemudiannya meminta maaf. Apakah Mahathir tidak menyedari bahawa pergaduhan antara kaum adalah satu perkara yang perlu dielakkan sama sekali? Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/07/1121976/dr-mahathir-cuba-bawa-naratif-baru-bersifat-perkauman Sebelum ini, Mahathir mengeluarkan kenyataan bahawa komuniti Cina di Malaysia adalah minoriti yang kaya dan berjaya yang sepatutnya tidak terlibat dalam politik. Dia mendakwa komuniti Cina hanya akan menyokong sesebuah parti politik sekiranya menguntungkan bangsa mereka. Selain itu, kenyataan Mahathir tentang penggunaan 'chopstick' dalam kalangan orang Cina turut mengundang kemarahan para pemimpin Cina