Posts

Showing posts from May, 2023

Annuar Zaini 'Si Pengacau’

Image
Perak baru-baru ini menafikan wujudnya cubaan untuk menggulingkan kerajaan negeri itu. Perak merupakan negeri terawal yang membentuk Kerajaan Perpaduan sejurus Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) berakhir. Hebat bukan Perak? Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan belum dibentuk, tetapi Perak sudah membentuk kerajaan campuran sendiri. Siapa dalangnya yang menggerakkan semua aturan itu? Siapa lagi, tentunya individu yang paling berpengaruh di Perak iaitu Tan Sri Mohd Annuar Zaini. Ada sebab mengapa Mohd Annuar begitu tergesa-gesa mahu membentuk kerajaan Perak baharu ketika itu. Sumber: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2023/05/06/perak-govt-denies-allegation-of-change-in-state-administration-this-july/67952 Mohd Annuar kerap kali campur tangan dalam urusan pembentukan kerajaan Perak. Pada tahun 2020, dia pernah cuba memujuk Sultan Perak untuk membentuk kerajaan perpaduan melibatkan parti bukan Melayu namun gagal. Mohd Annuar juga kerap kali membawa wakil parti bukan Melayu itu berj