Annuar Zaini 'Si Pengacau’


Perak baru-baru ini menafikan wujudnya cubaan untuk menggulingkan kerajaan negeri itu.

Perak merupakan negeri terawal yang membentuk Kerajaan Perpaduan sejurus Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) berakhir.

Hebat bukan Perak? Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan belum dibentuk, tetapi Perak sudah membentuk kerajaan campuran sendiri.

Siapa dalangnya yang menggerakkan semua aturan itu? Siapa lagi, tentunya individu yang paling berpengaruh di Perak iaitu Tan Sri Mohd Annuar Zaini.

Ada sebab mengapa Mohd Annuar begitu tergesa-gesa mahu membentuk kerajaan Perak baharu ketika itu.

Sumber: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2023/05/06/perak-govt-denies-allegation-of-change-in-state-administration-this-july/67952


Mohd Annuar kerap kali campur tangan dalam urusan pembentukan kerajaan Perak.

Pada tahun 2020, dia pernah cuba memujuk Sultan Perak untuk membentuk kerajaan perpaduan melibatkan parti bukan Melayu namun gagal.

Mohd Annuar juga kerap kali membawa wakil parti bukan Melayu itu berjumpa Sultan Perak.

Mengapa beria sangat Mohd Annuar mahu membentuk kerajaan perpaduan Perak melibatkan parti bukan Melayu itu?

Sebagai seorang individu yang liberal, tidak mustahil melihat Mohd Annuar bertindak sedemikian.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/232611/berita/politik/pru15-sultan-perak-perkenan-bentuk-kerajaan-negeri


Konflik politik Perak pada 2009 menyaksikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin terpaksa meletakkan jawatannya.

Kenyataan media yang dikeluarkan oleh pejabat Sultan Perak, mendesak agar Mohamad Nizar meletakkan jawatan dikhabarkan merupakan perancangan teliti Mohd Annuar untuk mencampuri urusan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Walhal, pihak istana tidak dibenarkan sama sekali untuk campur tangan dalam sebarang hal ehwal DUN.

Segelintir pihak menyebut Mohd Annuar sebagai 'Sultan tidak berpangkat' di Perak kerana pengaruhnya yang luas di negeri itu.

Selepas bekas mufti Perak, Tan Sri Harussani meninggal dunia, Mohd Annuar semakin bermaharajalela, khususnya melibatkan hal ehwal agama, sehinggakan dia turut mengawal khutbah Jumaat di Perak.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/123990


Mohd Annuar ini bekas Pengerusi Bernama. Maknanya dia memiliki pengalaman dalam bidang media.

Makanya, semua naratif yang memihak kepada dia, boleh dimanipulasi sebegitu sahaja tanpa ada mana-mana pihak memberi kecaman kepada dirinya.

Namun, beliau pernah 'kantoi' membuat kesilapan dalam memberikan kenyataan.

Mohd Annuar sebelum ini dikecam kerana memfitnah kedua-dua parti komponen Perikatan Nasional berebut jawatan Menteri Besar Perak.

Namun, selepas itu, beliau meminta maaf secara terbuka.

Sewajarnya, Mohd Annuar sebagai penasihat Sultan Perak menjaga nama baik institusi diraja kerana istana merupakan lambang penyatuan rakyat.

Mohd Annuar juga tidak sepatutnya bersikap menyebelahi mana-mana pihak sebagai individu berkepentingan dalam istana.

Gara-gara fahaman politiknya, dia terperangkap dalam mainannya sendiri.

Sumber: https://www.agendadaily.com/politik/ydp-majlis-agama-islam-perak-dikecam-malukan-islam-memfitnah/


Tuntasnya, tidak mustahil Perak akan melalui fasa pembentukan kerajaan baharu kelak.

Tangan ghaib seperti Mohd Annuar terlalu bahaya kerana bila-bila masa sahaja kerajaan negeri Perak boleh ditumbangkan.

Sewajarnya Mohd Annuar diusir keluar dari Perak dan tidak lagi dibenarkan menjejak kaki di negeri itu.

Seberapa banyak lagi kerosakan yang mahu dibuat oleh Mohd Annuar sehingga dia berpuas hati?

Hanya masa akan menentukan.

Comments

Popular posts from this blog

Mahathir Buat Boleh, Orang Lain Buat Tak Boleh

Tipu Muslihat Tender Kerajaan Anak-Anak Mahathir

Mahathir 'Koyak', Bangkit Naratif Mengarut