Posts

Showing posts from September, 2022

Sejauh Mana Kebenaran MUDA Bukan Proksi Mahathir?

Image
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) baru-baru ini menyatakan niat untuk bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Malahan, Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman awal-awal lagi sudah mengumumkan MUDA akan bertanding dalam 15 kerusi pada PRU kelak. Timbalan Presiden MUDA, Amira Aisya Abd Aziz mengatakan mahu berjumpa dengan PH bagi membincangkan salah faham yang berlaku antara kedua-dua parti. Amira Aisya juga menafikan pelbagai dakwaan yang dibuat oleh pelbagai pihak terhadap MUDA seperti parti itu adalah proksi serta ejen kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan parti PEJUANG. Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/09/999102/muda-bukan-ejen-proksi-pejuang-atau-tun-m Persoalan yang timbul adalah sama ada betul atau tidak penafian yang dibuat oleh Amira Aisya. Semua sedia maklum, Syed Saddiq amat setia dengan Mahathir sejak ahli Parlimen Muar itu menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Malaha

Relevan Lagikah Syed Saddiq Di Muar?

Image
Menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang berkemungkinan diadakan pada penghujung tahun ini atau 2023, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mengumumkan akan bertanding dalam 15 kerusi Parlimen. MUDA turut akan bersaing di Sabah dan Sarawak kerana yakin akan kebolehan parti itu meraih undi yang tinggi di Borneo. Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sekali lagi bakal menjadi taruhan parti berkenaan di Muar, Johor. Persoalan yang timbul, adalah sama ada Syed Saddiq masih kekal relevan di Muar atau tidak. Ketika PRU-14 pada 2018, Syed Saddiq menewaskan Datuk Seri Razali Ibrahim (BN-UMNO) dan Abdul Aziz Talib (PAS) dengan majoriti 6,953 undi. Syed Saddiq membentangkan pelbagai manifesto seperti janji untuk mewujudkan peluang pekerjaan dan membina rumah untuk penduduk Muar selain ditambah dengan kemarahan orang ramai terhadap UMNO pada masa itu. Selepas memenangi kerusi Parlimen tersebut, Syed Saddiq berkata, beliau masuk dalam arena politik untuk mengembalikan kuasa kepada

G25 Hanya Pandai ‘Menyalak’

Image
Kumpulan bekas penjawat awam (G25) Malaysia sudah lama bertapak di negara ini. Asas penubuhan G25 ini adalah memastikan kesedaran, mempromosikan undang-undang Syariah dan mendokong Islam sebagai agam rasmi negara. Individu yang menyertai kumpulan ini bukan calang-calang orangnya. Semuanya pernah memegang jawatan terpenting dalam kerajaan. Malangnya, tindakan kumpulan tersebut dilihat bercanggah dengan asas penubuhan kumpulan berkenaan. Sebagai contoh, beberapa isu kontroversi berkaitan agama Islam cuba dibangkitkan oleh kumpulan itu namun apa yang jelas, hanya liberalisme ditonjolkan oleh G25. Sumber: https://www.theedgemarkets.com/article/11-more-prominent-malays-join-g25 Tahun lalu, G25 meminta mahkamah menarik balik pendakwaan terhadap ahli perniagaan kosmetik, Muhammad Sajjad Bin Kamaruz Zamanyang didapati bersalah berpakaian wanita di majlis agama. Dakwa G25, Muhammad Sajjad hanya boleh dituduh melakukan kesalahan tersebut sekiranya mempunyai tujuan tidak bermoral. Secara zahirny