Sejauh Mana Kebenaran MUDA Bukan Proksi Mahathir?

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) baru-baru ini menyatakan niat untuk bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Malahan, Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman awal-awal lagi sudah mengumumkan MUDA akan bertanding dalam 15 kerusi pada PRU kelak.

Timbalan Presiden MUDA, Amira Aisya Abd Aziz mengatakan mahu berjumpa dengan PH bagi membincangkan salah faham yang berlaku antara kedua-dua parti.

Amira Aisya juga menafikan pelbagai dakwaan yang dibuat oleh pelbagai pihak terhadap MUDA seperti parti itu adalah proksi serta ejen kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan parti PEJUANG.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/09/999102/muda-bukan-ejen-proksi-pejuang-atau-tun-m

Persoalan yang timbul adalah sama ada betul atau tidak penafian yang dibuat oleh Amira Aisya.

Semua sedia maklum, Syed Saddiq amat setia dengan Mahathir sejak ahli Parlimen Muar itu menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Malahan, Syed Saddiq adalah antara individu yang lantang mengkritik pihak yang cuba mendesak Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ketujuh.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/115216/berita/politik/syed-saddiq-pertahan-dr-mahathir

Sehingga ke hari ini, kita boleh lihat betapa sayangnya Syed Saddiq kepada Mahathir terutamanya selepas beliau memberi ucapan selamat hari jadi buat mantan Perdana Menteri tersebut baru-baru ini.

Kita juga dapat lihat bagaimana Syed Saddiq 'overprotective' kepada Mahathir. Sebarang isu berkaitan Mahathir, Syed Saddiq tidak pernah menyuarakan pandangan, walhal ahli Parlimen Muar itu sangat aktif di media sosial membahas pelbagai isu negara.

Apa jua isu, Syed Saddiq merupakan ahli politik paling lantang memberikan pandangan di media sosial. Namun, Syed Saddiq mengambil pendekatan berdiam diri apabila isu membabitkan Mahathir.

Mengambil contoh mudah, Syed Saddiq adalah anak jati Johor. Mahathir pula tergamak 'menjual' kedaulatan Johor iaitu Pulau Batu Puteh kepada Singapura. Masakan sebagai seorang anak jati Johor, Syed Saddiq langsung tidak marah kepada Mahathir.

Apatah lagi, kedaulatan Johor dicemari dengan isu seperti itu. Daripada isu seperti ini, jelas menunjukkan Syed Saddiq terlalu melindungi Mahathir atau dalam erti kata lain, kronisme.

Sumber: https://malaysiagazette.com/2022/07/26/what-motives-mahathir-withdrawing-review-batu-puteh/

Di sebalik tabir pentadbiran MUDA, ada satu figura yang mencetuskan polemik dalam kalangan rakyat negara ini.

Nama figura itu adalah Dian Lee. Bagi yang tidak tahu, Dian Lee merupakan anak perempuan kepada pengasas The Mines Resort and Country Heights Holdings, Tan Sri Lee Kim Yew.

Apa kaitan Dian Lee, MUDA dan Mahathir? Kim Yew merupakan sahabat dan rakan bisnes Mahathir.

Wujud pendedahan di media sosial tentang Mahathir mempunyai pegangan saham dalam The Mines Resort and Country Heights Holdings.

Dian Lee pula berkawan rapat dengan cucu sulung Mahathir, Ineza Roussille dan pernah bersama-sama menerbitkan dokumentari berjudul 'M for Malaysia'.

Timbul kemungkinan daripada pelbagai pihak bahawa Dian Lee hanya dijadikan sebagai 'alat' atau proksi kepada Mahathir menerusi MUDA untuk membina asas kukuh dalam dunia politik.

Penyertaan Dian Lee dalam MUDA sebagai ahli jawatankuasa parti itu sudah diragui dari awal oleh pelbagai pihak. Tambahan pula, sebagai seorang anak kepada hartawan terkemuka negara, Dian Lee tidak perlu bersusah payah untuk menyertai politik.

Sukar untuk menolak kemungkinan bahawa MUDA berada di bawah Mahathir, ditambah dengan kehadiran proksi seperti Dian Lee dalam parti tersebut.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/610169

Walaupun MUDA menafikan kesemua dakwaan terhadap mereka, namun terdapat petanda kecil dan jelas bahawa pengaruh Mahathir dalam parti itu masih wujud.

Tindak-tanduk Syed Saddiq dan penglibatan Dian Lee dalam MUDA membuatkan segelintir pihak percaya MUDA adalah proksi dan ejen Mahathir dalam mengembangkan legasinya di arena politik negara.

Langkah MUDA bekerjasama dengan PH berkemungkinan untuk keluar daripada bayang-bayang Mahathir atau mengaburi rakyat demi meraih sokongan pengundi menjelang PRU kelak.

Sebagai pengundi yang bijak, rakyat perlu berfikir sedalam-dalamnya tentang siapakah layak untuk 'diangkat' sebagai wakil rakyat. Semestinya, kita enggan melihat 'zaman gelap' ketika era pemerintahan PH terus berulang.

Comments

Popular posts from this blog

Mahathir Buat Boleh, Orang Lain Buat Tak Boleh

Tipu Muslihat Tender Kerajaan Anak-Anak Mahathir

Mahathir 'Koyak', Bangkit Naratif Mengarut