Posts

Showing posts from December, 2023

Mahathir Buat Boleh, Orang Lain Buat Tak Boleh

Image
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa UMNO akan hilang sepenuhnya pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) sekiranya kekal bersama DAP. Mahathir mendakwa kekalahan UMNO pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman menjadi bukti bahawa sokongan terhadap UMNO semakin berkurangan. Namun, Mahathir masih tidak sedar diri menyuarakan pandangan 'cemburunya' walhal partinya sendiri iaitu Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) sebelum ini tidak mampu dikelola dengan baik. Bukan sahaja tidak dikelola dengan betul, malah kesemua calon PEJUANG yang bertanding pada PRU-15 hilang wang deposit. Mahathir sendiri turut ditolak sekeras-kerasnya oleh pengundi Langkawi sehingga hilang wang deposit. UMNO sekurang-kurangnya masih menang di beberapa negeri dan mendapat sokongan daripada pengundi Melayu. Mahathir hanya menggunakan kekalahan UMNO pada PRK Kemaman sebagai indikator, sedangkan banyak lagi faktor lain perlu dilihat sebelum mengeluarkan kenyataan sedemikian. Sumber: https://www.malaysia