Mahathir Buat Boleh, Orang Lain Buat Tak Boleh


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa UMNO akan hilang sepenuhnya pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) sekiranya kekal bersama DAP.

Mahathir mendakwa kekalahan UMNO pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman menjadi bukti bahawa sokongan terhadap UMNO semakin berkurangan.

Namun, Mahathir masih tidak sedar diri menyuarakan pandangan 'cemburunya' walhal partinya sendiri iaitu Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) sebelum ini tidak mampu dikelola dengan baik.

Bukan sahaja tidak dikelola dengan betul, malah kesemua calon PEJUANG yang bertanding pada PRU-15 hilang wang deposit.

Mahathir sendiri turut ditolak sekeras-kerasnya oleh pengundi Langkawi sehingga hilang wang deposit.

UMNO sekurang-kurangnya masih menang di beberapa negeri dan mendapat sokongan daripada pengundi Melayu.

Mahathir hanya menggunakan kekalahan UMNO pada PRK Kemaman sebagai indikator, sedangkan banyak lagi faktor lain perlu dilihat sebelum mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/688927


Bukankah dulu Mahathir pernah bekerjasama dengan DAP untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak pada PRU-14?

Apabila tidak lagi bekerjasama dengan DAP, Mahathir terus melempar pelbagai tohmahan kepada DAP.

Apa sahaja perkara buruk yang berlaku, Mahathir menyalahkan semuanya kepada DAP.

Ketika bekerjasama dahulu, elok pula hadir ke perhimpunan besar DAP. Malah memuji DAP memeluk erat Perlembagaan Persekutuan.

Sekarang, lain pula ceritanya. Sebab itu apa sahaja yang keluar dari mulut Mahathir, jangan percaya.

Hari ini dia bercakap baik tentang seseorang, esok lusa apabila sudah menjadi musuh, pelbagai tohmahan dilemparkan oleh Mahathir.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/11/1176714/pengakuan-tun-m-bukti-beliau-tidak-ikhlas-kerjasama-dengan-dap


Mahathir tak usah sembang soal sokongan orang Melayu terhadap UMNO. Cermin dulu diri sendiri.

Dia sendiri sudah hilang sokongan orang Melayu. Bermacam-macam Mahathir berkata tentang orang Melayu.

Mahathir dakwa Melayu malas. Mahathir membiarkan ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengeluarkan kenyataan dangkal tentang ketuanan Melayu.

Dia hampir-hampir meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD) ketika menjadi PM7.

Bagaimana kaum Melayu tidak marah? Bagai dipijak-pijak maruah orang Melayu apabila Mahathir berbuat perkara sedemikian.

Jangan sibuk tentang hal orang lain, kalau diri sendiri sudah hilang sokongan kaum Melayu.

Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ada-apa-dengan-himpunan-812-193107


Tengoklah sendiri apa sudah jadi pada PEJUANG. Suam-suam kuku sahaja walaupun ketika Mahathir menjadi Pengerusi parti itu.

Mahathir menubuhkan gabungan Gerakan Tanah Air (GTA) untuk tarik sokongan orang Melayu, turut tidak mendapat sambutan.

Bagaimana Mahathir begitu yakin menghentam UMNO walhal rekod dia dalam kalangan orang Melayu kurang baik?

Sekarang, Mahathir cuba bergabung dengan PAS untuk tarik semula sokongan orang Melayu. Dia menggunakan strategi sama ketika 'mendekati' DAP sebelum ini.

Kita pastinya tahu apa akan berlaku selepas ini jika tiba-tiba Mahathir tidak lagi bekerjasama dengan PAS.

Disebabkan itu, jangan terlalu percaya pada Mahathir, banyak sangat taktik muslihat untuk mendapatkan apa yang dimahukannya.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/630421/berita/politik/tun-m-hadir-muktamar-pas-buat-julung-kali


Mahathir, sila cermin diri anda sendiri sebelum membuat pelbagai andaian terhadap pihak lain.

Jangan kerana cemburu dengan pihak lain, sewenang-wenangnya melemparkan tohmahan tidak berasas.

Ramai yang tahu bahawa Mahathir hanya mahu kekal relevan di mata rakyat tapi banyak kenyataannya bersifat mengarut.

Kenapa Mahathir boleh buat, tapi pihak lain tidak boleh? Takkan apa Mahathir buat semuanya betul tapi salah pada orang lain?

Mahathir jangan ingat dunia ini berputar di sekelilingnya. Tidak selama-lamanya rakyat akan sokong apa yang dikatakan oleh Mahathir.

Comments

Popular posts from this blog

Tipu Muslihat Tender Kerajaan Anak-Anak Mahathir

Mahathir 'Koyak', Bangkit Naratif Mengarut