Posts

Showing posts with the label kereta mewah

Anak-anak Tun Dr Mahathir Hidup Mewah Sewaktu Rakyat Hidup Sengsara

Image
Bagi mereka yang masih tidak mahu mengakui bahawa Tun Dr Mahathir adalah seorang diktator yang telah mengaut kekayaan yang luar biasa, mereka ini perlu tengok betul-betul kemewahan yang dinikmati anak-anak Tun Dr Mahathir. Sebagai penyandang jawatan Perdana Menteri yang terpanjang dalam sejarah Malaysia dari 1981 hingga 2003, Tun Dr Mahathir telah membawa pembangunan besar kepada Malaysia. Ini semata-matanya untuk kesejahteraan dan keselesaan hidup rakyat. Namun begitu, terdapat agenda di sebaliknya, iaitu Tun Dr Mahathir ingin menjadi kaya-raya. Sebenarnya Tun Dr Mahathir ini tidaklah seorang negarawan yang mendahulukan rakyat dan negara. Tun Dr Mahathir hanyalah mendahulukan diri sendiri dan keluarganya. Mungkin tiadanya kes rasuah yang melibatkan Tun Dr Mahathir sendiri, namun seorang diktator perlu bijak apabila memegang duit begitu banyak dan bukan seolah-olahnya memasukkannya dalam akaun ASB peribadi (Syed Saddiq, sila belajar taktik sorok duit dari Atok, ya). Jadi persoalannya, ...