Posts

Showing posts from February, 2023

Apabila Liberal Bercakap Soal Agama

Image
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini mengatakan menghadiri upacara sambutan Hari Thaipusam tidak akan mengurangkan keimanannya terhadap agama Islam. Respon Syed Saddiq itu timbul berikutan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd. Na’im Mokhtar menasihati umat Islam untuk tidak terlibat atau mengambil bahagian dalam sambutan Hari Thaipusam. Syed Saddiq perlu tahu bahawa nasihat itu merupakan ketetapan panduan yang dikeluarkan oleh Mufti Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah iaitu Islam membataskan hubungan tersebut di dalam perkara-perkara kepercayaan dan amalan keagamaan. Panduan itu menyebut batas tersebut sebagai sempadan yang damai, bersemangat toleransi dalam menerima kebebasan dalam mengamal kepercayaan dan amalan agama masing-masing. Justeru, dengan prinsip ini, umat Islam adalah dilarang daripada terlibat menyertai apa- apa ritual perayaan agama bukan Islam kerana ia bertentangan dengan prinsip akidah Islam. Panjang lebar ke