Posts

Showing posts from March, 2023

Annuar Zaini Sukar Dipercayai

Image
Tan Sri Mohd Annuar Zaini baru-baru ini dilantik sebagai Pengerusi UDA Holdings (UDA) berkuatkuasa 23 Mac, menggantikan Datuk Norliza Abdul Rahim. Laporan media mengatakan pelantikan Mohd Annuar dapat membawa agensi itu memperkasa golongan usahawan menerusi segmen perniagaannya. Pelantikan Mohd Annuar juga diharapkan menjadi aspirasi seterusnya memacu kecemerlangan dan kelestarian UDA pada masa hadapan. Namun, perlu diketahui Mohd Annuar sebenarnya pernah gagal ketika menjawat jawatan tertinggi dan menyebabkan salah satu organisasi terkemuka di negara ini mengalami kerugian yang besar. Timbul persoalan bagaimana Mohd Annuar boleh dilantik menjadi Pengerusi UDA meskipun 'track record' dia tidaklah cemerlang seperti disangka. Sumber: https://www.bernama.com/bm//news.php?id=2175785 Mohd Annuar pernah membuat pelaburan dan mencampuri urusan pentadbiran Pertubuhan Berita Nasional Malaysia atau BERNAMA sewaktu menjadi Pengerusi Lembaga Pengelola organisasi berkenaan. Antara isu yang

Amira Aisya Lupa Tanggungjawab Kepada Rakyat

Image
Timbalan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Amira Aisya Abdul Aziz sebelum ini mengumumkan menyertai 'International Visitor Leadership Program' (IVLP) di Amerika Syarikat (AS) selama sebulan. Tindakan Amira Aisya bagaimanapun menerima kritikan daripada segelintir pihak. Mereka mempertikaikan kewajaran Amira Aisya untuk meninggalkan kawasan Parlimennya selama sebulan. Sebagai seorang ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mewakili suara dan kepentingan rakyat di kawasan DUN, sememangnya tidak wajar untuk Amira Aisya meninggalkan kawasan Parlimennya. Amira Aisya menunjukkan ketidakmatangannya dalam menentukan baik dan buruk tindakannya itu meninggalkan kawasan Parlimen untuk jangka masa lama. Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/243647/berita/politik/adun-puteri-wangsa-terpilih-sertai-ivlp-di-as Amira Aisya masih tidak memahami kepentingan ADUN menguruskan kawasan Parlimennya dengan baik. Situasi itu akan menyebabkan rakyat di kawasan Puteri Wangsa terasa