Annuar Zaini Sukar Dipercayai


Tan Sri Mohd Annuar Zaini baru-baru ini dilantik sebagai Pengerusi UDA Holdings (UDA) berkuatkuasa 23 Mac, menggantikan Datuk Norliza Abdul Rahim.

Laporan media mengatakan pelantikan Mohd Annuar dapat membawa agensi itu memperkasa golongan usahawan menerusi segmen perniagaannya.

Pelantikan Mohd Annuar juga diharapkan menjadi aspirasi seterusnya memacu kecemerlangan dan kelestarian UDA pada masa hadapan.

Namun, perlu diketahui Mohd Annuar sebenarnya pernah gagal ketika menjawat jawatan tertinggi dan menyebabkan salah satu organisasi terkemuka di negara ini mengalami kerugian yang besar.

Timbul persoalan bagaimana Mohd Annuar boleh dilantik menjadi Pengerusi UDA meskipun 'track record' dia tidaklah cemerlang seperti disangka.

Sumber: https://www.bernama.com/bm//news.php?id=2175785


Mohd Annuar pernah membuat pelaburan dan mencampuri urusan pentadbiran Pertubuhan Berita Nasional Malaysia atau BERNAMA sewaktu menjadi Pengerusi Lembaga Pengelola organisasi berkenaan.

Antara isu yang menjadi kontroversi adalah soal perjanjian dengan Bernama TV Synergy Sdn Bhd.

Mohd Annuar ketika itu memegang jawatan sebagai Pengerusi Bernama serta Pengarah Bernama TV Synergy.

Dikhabarkan Bernama TV Synergy berhutang RM15 juta kepada Bernama.

Namun tidak diketahui sama ada hutang tersebut sudah dilunaskan oleh Bernama TV Synergy atau belum.

Mohd Annuar pernah memberi penjelasan ringkas sebab Bernama memutuskan hubungannya dengan Bernama TV Synergy Sdn Bhd.

Isu tersebut bagaimanapun dikaitkan dengan kedudukan kewangan Bernama TV Synergy.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/109720


Mohd Annuar bukan sahaja mencampuri urusan pentadbiran Bernama namun turut menjadi 'tangan ghaib' dalam politik negara.

Dia dikatakan menjadi punca kepada krisis politik Perak pada 2009 sehingga menyebabkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin meletakkan jawatan.

Mohd Annuar turut dikatakan menjadi punca kepada peletakan jawatan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sebagai Yang Dipertuan Agong.

Campur tangan oleh Mohd Annuar menyebabkan Kelantan menarik balik darjah kebesaran Kelantan milik Mohd Annuar.

Meskipun Kelantan tidak memberi sebarang penjelasan lanjut berhubung penarikan darjah kebesaran tersebut, namun umum mengetahui bahawa sekiranya darjah kebesaran ditarik balik daripada seseorang individu, bermakna individu berkenaan telah melakukan sesuatu kesalahan.

Sumber: https://www.hmetro.com.my/utama/2019/03/429331/sultan-kelantan-tarik-darjah-kebesaran-annuar


Baru-baru ini, Perak meluluskan projek menjadikan Hutan Simpan Kledang Saiong sebagai kawasan pembalakan.

Namun projek itu mendapat tentangan daripada Persatuan Kebajikan Komuniti dan Dialog dan petisyen untuk membatalkan projek terbabit turut dikemukakan. Seramai 5,000 orang menandatangani petisyen tersebut.

Projek berkenaan meliputi kawasan seluas 4,280 hektar atau bersamaan 6,000 padang bola sepak.

Kerajaan Perak seolah-olah tidak mempelajari situasi bencana banjir yang sering melanda negeri berkenaan.

Kerajaan Perak juga sanggup mengorbankan hutan simpan yang sepatutnya dijaga untuk kelestarian alam sekitar dan generasi seterusnya.

Kerajaan Perak sanggup mengorbankan sesuatu yang berharga demi keuntungan peribadi tanpa memikirkan kesan buruk berpanjangan.

Mohd Annuar sebagai Ahli Dewan Negara Negeri Perak sepatutnya mengambil tanggungjawab untuk membatalkan projek itu, tambahan pula dia merupakan penasihat Sultan Perak.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/03/1081796/banjir-di-perak-179-mangsa-dipindahkan-ke-empat-pps

https://www.themalaysianinsight.com/s/434856


Tuntasnya, Mohd Annuar tidak layak untuk memegang apa-apa jawatan dalam negara ini.

Apa sahaja pencapaian dan sumbangannya kepada negara ini sehingga mampu memegang pelbagai jawatan tertinggi?

Individu seperti Mohd Annuar seharusnya ditolak daripada memegang sebarang jawatan penting kerana banyak kali mengalami kegagalan.

Mohd Annuar hanya mementingkan agenda peribadinya berbanding memikirkan kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara.

Sepatutnya Mohd Annuar tidak boleh dipercayai untuk memegang apa jua jawatan dalam negara ini.

Comments

Popular posts from this blog

Mahathir Buat Boleh, Orang Lain Buat Tak Boleh

Tipu Muslihat Tender Kerajaan Anak-Anak Mahathir

Mahathir 'Koyak', Bangkit Naratif Mengarut