Posts

Showing posts from June, 2023

Tipu Muslihat Tender Kerajaan Anak-Anak Mahathir

Image
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini menyatakan dia tidak pernah membantu anak-anaknya berjaya dalam sebarang bentuk perniagaan. Dia juga mendakwa anak-anaknya membuat pinjaman jutaan ringgit untuk membiayai perniagaan mereka. Mahathir turut meminta mana-mana pihak untuk mengemukakan sebarang bukti bahawa anak-anaknya adalah jutawan ketika dia menjadi Perdana Menteri. Hakikatnya, kita semua tahu amalan kronisme dan nepotisme Mahathir sepanjang dia menerajui negara ini. Bagaimana kesemua anak-anaknya mampu berjaya dan lebih ke hadapan berbanding anak-anak ahli politik lain? Sumber: https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2015/05/08/penjelasan-gaya-hidup-mewah-anak Baru-baru ini, kecoh tentang penularan sepucuk surat rasmi daripada Kementerian Kewangan bertarikh 7 Oktober 2003 yang dikeluarkan kepada Opcom Holdings Berhad. Ketika itu, Mahathir masih lagi memegang jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Sekadar imbas kembali, Mahathir meletakkan jawatan sebagai