Tipu Muslihat Tender Kerajaan Anak-Anak Mahathir


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini menyatakan dia tidak pernah membantu anak-anaknya berjaya dalam sebarang bentuk perniagaan.

Dia juga mendakwa anak-anaknya membuat pinjaman jutaan ringgit untuk membiayai perniagaan mereka.

Mahathir turut meminta mana-mana pihak untuk mengemukakan sebarang bukti bahawa anak-anaknya adalah jutawan ketika dia menjadi Perdana Menteri.

Hakikatnya, kita semua tahu amalan kronisme dan nepotisme Mahathir sepanjang dia menerajui negara ini.

Bagaimana kesemua anak-anaknya mampu berjaya dan lebih ke hadapan berbanding anak-anak ahli politik lain?

Sumber: https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2015/05/08/penjelasan-gaya-hidup-mewah-anak


Baru-baru ini, kecoh tentang penularan sepucuk surat rasmi daripada Kementerian Kewangan bertarikh 7 Oktober 2003 yang dikeluarkan kepada Opcom Holdings Berhad.

Ketika itu, Mahathir masih lagi memegang jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Sekadar imbas kembali, Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri buat kali pertama adalah pada 31 Oktober 2003.

Mahathir sempat untuk memberikan kontrak membekal fiber optik bernilai RM214.2 juta secara rundingan terus oleh Telekom Malaysia kepada Opcom Holdings Berhad.

Mengapa syarikat itu mendapat tender berkenaan secara rundingan terus? Anak-anak Mahathir iaitu Mukhriz dan Mokhzani memiliki kepentingan dalam syarikat berkenaan pada masa itu.

Malah, isteri kepada Mukhriz, Norzieta Zakaria turut memiliki pegangan saham dalam firma tersebut.

Tidak hairan mengapa syarikat itu mendapat keistimewaan berbanding syarikat-syarikat lain dan Mahathir masih mahu menyatakan dia tidak membantu anak-anaknya?

Fikirkan kembali, Mahathir.

Selepas empat hari Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kedua pada 2018, Opcom Holdings Berhad sekali lagi telah dianugerahkan kontrak sebanyak RM11.16 juta oleh Telekom Malaysia.

Saham Opcom naik 18.5 sen atau 41.11% menjadi 63.5 sen dalam tempoh sehari ketika itu.

Situasi tersebut dilihat sangat aneh memandangkan kerajaan Mahathir baru sahaja meluluskan Pelan Gentian Optik Dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) bernilai RM21.6 bilion.

Mukhriz pada masa itu sudah melepaskan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengerusi syarikat itu namun masih memegang 23.28% saham manakala isterinya memiliki 14.11% ekuiti.

Pada tahun sama, Mukhriz bersama-sama isterinya mengisytiharkan hartanya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebanyak RM25,170,426.

Namun peliknya, keuntungan ekuiti saham yang diperoleh menerusi Opcom Holdings Berhad pada tahun itu tidak dinyatakan sekali dalam pengisytiharan harta berkenaan.

Sepatutnya nilai harta Mukhriz dan isterinya adalah RM37,984,501 jika mengambil kira jumlah pegangan saham mereka dalam Opcom.

Mana perginya lebihan harta tersebut?

Mirzan pula merupakan pemegang saham serta pengarah syarikat M Ocean Capital Sdn Bhd (MOCSB).

Dia juga pernah menjadi pengerusi dan pengarah bukan eksekutif AHB Holdings Berhad sebelum menjual semua sahamnya dalam syarikat berkenaan pada 2013.

Mirzan juga terpalit dengan kontroversi bahawa dia mempunyai pegangan saham dalam Petron Malaysia dan syarikat pegangannya di Filipina, San Miguel Corporation.

Mirzan merupakan ahli lembaga syarikat induknya, Petron Corporation Filipina dan dipilih sebagai pengarah syarikat berkenaan pada 2010 serta memegang 1,000 ekuiti.

Marina turut memiliki porfolio yang 'dahsyat' apabila pernah memegang jawatan tertinggi dalam Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) dan Malaysian Philharmonic Orchestra.

Bukan itu sahaja, Marina juga menjadi pemegang amanah Maybank Foundation, sebuah platform utama untuk menjalankan tanggungjawab korporat dalam Maybank Group.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/08/467991/petron-bukan-syarikat-pembekal-tunggal-kerajaan

https://www.mpo.com.my/board-management


SPRM perlu menyiasat dengan segera segala kontrak kerajaan yang pernah diterima oleh anak-anak Mahathir.

SPRM juga perlu menyiasat semua firma-firma yang dimiliki oleh mereka.

Kalau benar Mahathir tidak membantu mereka, masakan dapat memiliki semua keistimewaan itu?

Berhentilah mempertahankan anak-anak anda, Mahathir.

Bukti sudah terpampang di depan mata. Tak perlu menafikan apa yang sudah tersebar.

Mereka menjadi jutawan bukan kerana hasil daripada bekerja keras tetapi kerana mereka adalah anak-anak Mahathir.

Comments

Popular posts from this blog

Mahathir Buat Boleh, Orang Lain Buat Tak Boleh

Mahathir 'Koyak', Bangkit Naratif Mengarut