Posts

Showing posts with the label perkauman

Mahathir Buat Boleh, Orang Lain Buat Tak Boleh

Image
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa UMNO akan hilang sepenuhnya pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) sekiranya kekal bersama DAP. Mahathir mendakwa kekalahan UMNO pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman menjadi bukti bahawa sokongan terhadap UMNO semakin berkurangan. Namun, Mahathir masih tidak sedar diri menyuarakan pandangan 'cemburunya' walhal partinya sendiri iaitu Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) sebelum ini tidak mampu dikelola dengan baik. Bukan sahaja tidak dikelola dengan betul, malah kesemua calon PEJUANG yang bertanding pada PRU-15 hilang wang deposit. Mahathir sendiri turut ditolak sekeras-kerasnya oleh pengundi Langkawi sehingga hilang wang deposit. UMNO sekurang-kurangnya masih menang di beberapa negeri dan mendapat sokongan daripada pengundi Melayu. Mahathir hanya menggunakan kekalahan UMNO pada PRK Kemaman sebagai indikator, sedangkan banyak lagi faktor lain perlu dilihat sebelum mengeluarkan kenyataan sedemikian. Sumber: https://www.malaysia...

Jangan Cuba Jentik Api Permusuhan Kaum, Mahathir!

Image
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kerap kali memainkan sentimen perkauman dalam ucapannya. Mahathir seolah-olah cuba menghidupkan api permusuhan antara kaum di negara ini. Sekejap memperjuangkan Melayu namun mengkritik Melayu di khalayak ramai. Sekejap dia membuat sindiran kepada kaum Cina serta India dan kemudiannya meminta maaf. Apakah Mahathir tidak menyedari bahawa pergaduhan antara kaum adalah satu perkara yang perlu dielakkan sama sekali? Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/07/1121976/dr-mahathir-cuba-bawa-naratif-baru-bersifat-perkauman Sebelum ini, Mahathir mengeluarkan kenyataan bahawa komuniti Cina di Malaysia adalah minoriti yang kaya dan berjaya yang sepatutnya tidak terlibat dalam politik. Dia mendakwa komuniti Cina hanya akan menyokong sesebuah parti politik sekiranya menguntungkan bangsa mereka. Selain itu, kenyataan Mahathir tentang penggunaan 'chopstick' dalam kalangan orang Cina turut mengundang kemarahan para pemimpin Cina ...