Anak-anak Tun Dr Mahathir Hidup Mewah Sewaktu Rakyat Hidup Sengsara

Bagi mereka yang masih tidak mahu mengakui bahawa Tun Dr Mahathir adalah seorang diktator yang telah mengaut kekayaan yang luar biasa, mereka ini perlu tengok betul-betul kemewahan yang dinikmati anak-anak Tun Dr Mahathir.

Sebagai penyandang jawatan Perdana Menteri yang terpanjang dalam sejarah Malaysia dari 1981 hingga 2003, Tun Dr Mahathir telah membawa pembangunan besar kepada Malaysia. Ini semata-matanya untuk kesejahteraan dan keselesaan hidup rakyat. Namun begitu, terdapat agenda di sebaliknya, iaitu Tun Dr Mahathir ingin menjadi kaya-raya. Sebenarnya Tun Dr Mahathir ini tidaklah seorang negarawan yang mendahulukan rakyat dan negara. Tun Dr Mahathir hanyalah mendahulukan diri sendiri dan keluarganya.

Mungkin tiadanya kes rasuah yang melibatkan Tun Dr Mahathir sendiri, namun seorang diktator perlu bijak apabila memegang duit begitu banyak dan bukan seolah-olahnya memasukkannya dalam akaun ASB peribadi (Syed Saddiq, sila belajar taktik sorok duit dari Atok, ya). Jadi persoalannya, siapa yang memegang duit Tun Dr Mahathir, ataupun siapakah yang boleh dipercayai Tun Dr Mahathir untuk memegang duitnya? Jawapannya anak-anaknya.

Pernah menjadi sensasi media apabila sebuah NGO mendakwa bahawa Mokhzani dan Mirzan Mahathir kedua-dua memiliki kereta mewah berjumlah RM36.2 juta. Siap ada bukti nombor pendaftaran kenderaan dan model kereta pula. Gila! Nilai kesemua kereta mewah keluarga Mahathir ini boleh digunakan untuk membiayai kos pembangunan negara. Ingat, ini hanya melibatkan koleksi kereta mewah, belum lagi ambil kira kediaman, kapal layar, bangunan, dan aset-aset lain lagi.

Sumber: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2015/07/14/how-did-your-sons-afford-rm36.2m-collection-of-supercars-malay-group-asks-d/933321

Mokhzani sendiri pernah memegang hak pengedaran kereta jenama Porsche untuk satu Malaysia. Umumlah dia memilik pelbagai model Porsche yang mewah belaka. Antaranya kereta Porsche Carrera GT yang berdaftar ‘MM4’. Ia merupakan kereta edisi terhad yang sangat sukar untuk didapati. Ada tuahnya Mokhzani dapat membeli kereta itu yang kelajuannya lebih 320 kilometer sejam.

Turut dimiliki Mokhzani, sebuah McLaren P1. Antara kereta yang paling laju dicipta dan bernilai sekurang-kurangnya RM2.6 juta. Model ini hanya ada 375 di seluruh dunia!

Bugatti Veyron yang bernilai 1 juta Euro semasa baru dilancarkan juga milik Mokhzani. Kereta ini antara yang paling mahal yang dimiliki oleh Mokhzani. Nikmat sangat! Tahukah berapa keluarga rakyat Malaysia boleh dibantu dengan duit itu? Tapi apa salahnya nak belanjakan untuk sebuah kereta? Tiada logiknya, hanya ketamakan seorang diktator dan anak-anaknya.
Dari manakah Mokhzani dapat duit sebanyak itu? Mestinya dari dulu, apabila pada tahun 1998 Tun Dr Mahathir telah memaksa Malaysia International Shipping Corporation untuk membela syarikat anaknya, Konsortium Perkapalan Berhad dengan membelinya dari Mokhzani untuk harga sebanyak AS$220 juta. Kalau nak kira dalam ringgit, berbilion! Patutlah Mokhzani mampu membeli kereta-kereta mewah sementara rakyat menghadapi kesukaran.

Sumber: https://www.wsj.com/articles/SB893957144672200500

Bukan sahaja Mokhzani, malah Mukhriz juga mempunya kekayaan yang hanya boleh diidamkan rakyat marhaen. Maklumlah rakyat naik berang apabila anaknya, Alyana Mukhriz memuat naik gambar kapal layar bernama Puteri Alyanna di laman Instagram. Dari mana Mukhriz dapat duit ini untuk membeli kapal layar untuk anak perempuannya?

Jelas sekali Tun Dr Mahathir kini masih berpolitik ini hanya untuk membela nasib anak-anaknya, dan bukan untuk kaum Melayu. Dengan retorik anti-miskinnya, Tun Dr Mahathir bukan sahaja memandang rendah terhadap kaum Melayu, malah mendakwa kita sebagai malas dan tidak berusaha. Senang cakap lah, Tun. Duit rakyat pun dah kau curi. Sekarang nak pertahankan anak-anak kau yang boros dan tidak berhati perut.

Seharusnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ini membuka siasatan terhadap anak-anak Tun Dr Mahathir dan sumber kekayaan mereka. Rakyat sudah muak dengan keluarga ini dan sikap tamak mereka.


Comments

Popular posts from this blog

Mahathir Buat Boleh, Orang Lain Buat Tak Boleh

Annuar Zaini 'Si Pengacau’

Tipu Muslihat Tender Kerajaan Anak-Anak Mahathir