Retorik Perkauman PN Bakal Memakan Diri Sendiri

Retorik perkauman yang dicetuskan oleh Perikatan Nasional (PN) saban hari hanya mengundang kritikan kepada gabungan berkenaan.

Isu perkauman merupakan sesuatu yang sensitif untuk dibicarakan dalam negara ini memandangkan Malaysia mempunyai masyarakat yang berbilang kaum.

Apakah tujuan dan matlamat PN sebenarnya? Mengapa cuba memecahbelahkan rakyat dengan retorik perkaumannya?

Apakah tiada modal lain untuk dibangkitkan terhadap kerajaan? Mengapa perlu guna isu yang sensitif semata-mata mahu mencapai kepentingan politik peribadi?

Sumber: https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/413236

Pada November lalu, Ketua Pemuda PAS, Shahiful Nasir mendakwa penyokong Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) akan dimasukkan ke neraka jika mengundi kedua-dua gabungan tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Dalil mana yang digunakan oleh PAS untuk mengeluarkan kenyataan songsang sebegitu.

Kenyataan sebegitu hanya memburukkan persepsi orang ramai terhadap Islam.

PN tergamak menggunakan kenyataan sedemikian hanya semata-mata mahu memburukkan parti lain.

Rakyat masih belum buta agama untuk membezakan mana yang baik dan mana yang buruk.

Jangan terlalu taksub dengan dunia politik sehingga mengeluarkan kenyataan sedangkal itu.

Sumber: https://www.getaran.my/artikel/politik/35270/mencemarkan-islam-anwar-kecam-retorik-perkauman-pas

Retorik Melayu-Islam yang diperjuangkan oleh PN sebenarnya hanya memakan diri sendiri.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah menggunakan retorik sama ketika menjadi Perdana Menteri sebelum ini namun gagal menarik sokongan rakyat terhadapnya.

Pemunggahan dana rakyat dan pengambilan syarikat-syarikat (GLC), tidak langsung mencerminkan PN mempertahankan hak Melayu-Islam.

Susulan itu, rakyat semakin sedar bahawa PN hanya mempergunakan slogan Melayu-Islam sebagai topeng.

Malahan, pendekatan Islam semakin terabai di bawah pemerintahan PAS selepas skandal kartel daging, lebih banyak cabutan judi bulanan diadakan dan pertandingan ratu cantik diteruskan ketika era pemerintahan PN.

Sumber: https://selangorkini.my/2022/11/politik-perkauman-ancam-perpaduan-rakyat-amk-jawab-pemuda-pn/

PN sepatutnya lebih fokus kepada masalah rakyat berbanding memainkan sentimen perkauman.

Daripada sibuk menghabiskan tenaga membangkitkan isu perkauman dan agama, adalah lebih baik PN menyelesaikan masalah rakyat.

Sebagai contoh, tiada kemajuan dicapai di Kelantan meskipun PAS menjadi sebahagian kerajaan Persekutuan selama dua tahun sebelum ini.

Isu masalah air di Kelantan gagal diselesaikan selama berpuluh tahun dan peluang untuk membaiki masalah itu dilepaskan begitu sahaja ketika menjadi kerajaan.

Adalah lebih baik jika segala usaha dan tenaga digembleng bagi membaiki kepincangan kepimpinan dan pentadbiran PAS di negeri berkenaan khususnya.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/621764

Rakyat kian bijak, tidak termakan dengan naratif perkauman yang dimainkan oleh PN.

Masalah membelenggu rakyat lebih besar berbanding termakan sentimen perkauman yang kerap diungkapkan oleh gabungan tersebut.

Rakyat lebih menilai prestasi sesebuah parti dan PN sepatutnya lebih bijak menarik sokongan rakyat dengan taktik yang berbeza.

Tak usah mengeluarkan kenyataan berbentuk keagamaan atau perkauman yang dangkal.

Kalau tiada apa yang mahu diperjuangkan, bubarkan sahaja parti.

Kalau mahu terus berjuang, cari strategi lain yang lebih membina dan bertujuan membangunkan kehidupan rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

Mahathir Buat Boleh, Orang Lain Buat Tak Boleh

Tipu Muslihat Tender Kerajaan Anak-Anak Mahathir

Mahathir 'Koyak', Bangkit Naratif Mengarut