Syed Saddiq Tak Habis-Habis Menipu

Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tak habis-habis mahu menipu rakyat.

Kalau sembang di media dan media sosial, bukan main rancak lagi.

Namun, kalau hendak menipu pun, janganlah sampai kantoi. Sekarang ini zaman teknologi maklumat, semua benda boleh dicari dengan mudah.

Kalau sekadar masuk politik untuk menipu rakyat, lebih baik buang saja jawatan itu.

Tak guna hentam orang sana sini, tapi Syed Saddiq sendiri pun kuat menipu rakyat.

Sumber: https://www.utusan.com.my/terkini/2021/06/jangan-bohong-untuk-jadi-popular-syed-saddiq-mesti-minta-maaf/

https://soscili.my/seorang-nelayan-mendedahkan-apa-syed-saddiq-buat-dalam-isu-tambak-laut-muar/

Baru-baru ini, Syed Saddiq mengedarkan laporan prestasinya di Muar.

Menurut kad laporan prestasinya itu, Syed Saddiq mendakwa peruntukan sebanyak RM20 juta disalurkan kepada belia di Muar.

Namun foto yang digunakan serta peruntukan yang disebut tidak selari dengan laporan prestasinya.

Foto yang digunakan dalam kad laporan prestasi itu bukanlah hab belia yang dicanangkan oleh Syed Saddiq tetapi gambar dalam acara rasmi KBS yang berlainan.

Peruntukan RM20 juta itu itu juga disalurkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan bukannya Syed Saddiq.

Apa bukti peruntukan itu disalurkan ke Muar oleh Syed Saddiq? Nak tipu siapa, Syed Saddiq?

Sumber: https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2021/03/683020/suntikan-rm20-juta-untuk-industri-sukan

Ketika kempen PRU-14, Syed Saddiq muat naik video, biasalah mahu meraih populariti, kena selalu buat video.

Dalam video itu, dia berjanji mahu membina 1,000 buah rumah di Muar. Tiang rumah pun tidak kelihatan selepas sepenggal menjadi wakil rakyat.

Jangan sekadar tabur janji manis semata-mata mahu meraih undi rakyat ketika pilihan raya.

Janji belum terlaksana, Syed Saddiq sibuk mahu bangkitkan isu rumah terbengkalai di Felda Maokil di Bukit Kepong, Muar.

Apabila ada pilihan raya, barulah muncul dengan pelbagai isu yang dibangkitkan. Sebelum ini, batang hidung pun tak nampak di Muar.

Selesaikan dahulu janji mahu bina 1,000 buah rumah. Barulah boleh sembang tentang isu lain.

Sumber: https://www.facebook.com/syedsaddiqofficial/videos/1665971376815215/

Golongan belia Muar juga ternanti-nanti janji Syed Saddiq untuk mewujudkan 1 juta peluang pekerjaan.

Sebelum menjadi kerajaan, berkobar-kobar mahu membantu mengurangkan kadar pengangguran untuk golongan belia.

Malangnya, selepas menjadi kerajaan, kadar pengangguran semakin meningkat dan ada belia di Muar bergantung harap mencari rezeki dengan menjadi penghantar makanan.

Sepatutnya Syed Saddiq malu kerana gagal melunaskan janji berkenaan. Bagaimana Syed Saddiq mahu menjadikan Muar sebagai enjin ekonomi Johor, jika masalah rakyat sendiri tidak diselesaikan dengan baik?

Bantu dahulu rakyat membina pendapatan yang stabil, barulah Muar akan berkembang maju. Jika penduduk Muar masih berada dalam kesempitan hidup, bagaimana mahu berkembang.

Sumber: https://twitter.com/shahrol_shiro/status/1487680130025930756

Syed Saddiq membangkitkan dia tidak akan berundur selagi Malaysia belum bersih daripada politik wang.

Macai Syed Saddiq mungkin bersorak membaca kata-kata ini namun semua sedia maklum, dia sendiri adalah kluster mahkamah.

Berdepan empat pertuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram serta diminta membela diri. Apakah itu tidak cukup untuk mengaitkan Syed Saddiq dengan politik wang?

Syed Saddiq masih muka tebal untuk bertanding di Muar, walhal dia mempunyai kes mahkamah yang masih belum selesai.

Syed Saddiq sendiri terbabit dalam politik wang. Bagaimana dia hendak menentang politik wang, jika dia sendiri terpalit dengan skandal politik wang?

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/10/1017507/pecah-amanah-rm1j-syed-saddiq-diarah-bela-diri

Politikus yang kuat menipu seperti Syed Saddiq tidak wajar dipilih menjadi pemimpin muda.

Dulu kata mahu merevolusikan negara, tapi kuat menipu rakyat.

Cubalah telus dengan diri sendiri dulu, Syed Saddiq. Tak perlu cakap berputar belit.

Kalau ada 10 orang pemimpin muda macam Syed Saddiq, alamatnya lingkuplah masa depan politik negara.

Comments

Popular posts from this blog

Mahathir Buat Boleh, Orang Lain Buat Tak Boleh

Tipu Muslihat Tender Kerajaan Anak-Anak Mahathir

Mahathir 'Koyak', Bangkit Naratif Mengarut