Mahathir Aktif Berpolitik Kerana Mukhriz
Meskipun sudah memasuki usia seabad, Tun Dr Mahathir Mohamad masih aktif berpolitik.
Dalam arena politik dunia sekalipun, ahli politik yang mungkin sebaya dengan Mahathir tidak lagi berminat untuk mencampuri urusan politik.
Mereka lebih berminat untuk menghabiskan masa tua mereka bersama keluarga dan mengundurkan diri daripada dunia politik.
Kehadiran Mahathir sebenarnya adalah untuk memastikan anaknya, Datuk Seri Mukhriz masih mempunyai tempat dalam landskap politik negara.
Mahathir mahu menggunakan pengaruhnya untuk melindungi legasi keluarganya.
Mahathir sebelum ini membidas tindakan nepotisme dalam negara ini, namun dia sendiri mengamalkan pendekatan itu.
Dalam politik, Mahathir sendiri melantik Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah selepas Pakatan Harapan (PH) menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 2018.
Mukhriz sebelum itu tidak memiliki rekod memberangsangkan ketika memerintah Kedah pada 2013 hingga 2016.
Mahathir hanya melantik Mukhriz kerana mahu anaknya mengaut untung daripada aset-aset yang di Kedah.
Habis tanah di Kedah dijual oleh Mukhriz kepada syarikat China ketika menjadi Menteri Besar Kedah. Duit kerajaan Kedah juga disonglap.
Adakah Mahathir masih mahu terus berpolitik untuk memastikan Mukhriz dapat mengaut lebih banyak kekayaan di Malaysia?
Dia menjadi pemimpin parti Pejuang adalah disebabkan pengaruh Mahathir.
Namun adakah Pejuang menjadi perhatian selepas Mahathir meninggalkan parti itu?
Selepas kalah teruk pada PRU-15, Pejuang terus hilang daripada bayangan politik Malaysia.
Hanya sekali-sekala muncul mengeluarkan kenyataan dan tidak beroperasi sebagai sebuah parti pembangkang yang kuat.
Situasi itu adalah bukti bahawa Mukhriz tidak mampu berdiri sendiri tanpa bayangan bapanya.
Mahathir bukan sahaja membantu Mukhriz dalam soal politik tetapi juga perniagaan.
Sepucuk surat rasmi daripada Kementerian Kewangan bertarikh 7 Oktober 2003 yang dikeluarkan kepada Opcom Holdings Berhad tersebar di media sosial pada 2023.
Opcom Holdings Berhad dimiliki oleh Mukhriz serta isterinya, Norzieta Zakaria dan Mokhzani.
Mahathir memberikan kontrak pembekalan fiber optik bernilai RM214.2 juta secara rundingan terus oleh Telekom Malaysia kepada Opcom Holdings Berhad sebelum meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 31 Oktober 2003.
Hanya selepas beberapa hari Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kedua pada 2018, Opcom Holdings Berhad telah dianugerahkan kontrak sebanyak RM11.16 juta oleh Telekom Malaysia.
Saham Opcom terus melonjak daripada 18.5 sen seunit atau 41.11% menjadi 63.5 sen seunit dalam tempoh sehari ketika itu.
Ironinya, kerajaan pimpinan Mahathir baru sahaja meluluskan Pelan Gentian Optik Dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) bernilai RM21.6 bilion.
Sudah menjadi Perdana Menteri sebanyak dua kali, namun Mahathir masih tidak berpuas hati.
Sepatutnya tiada apa yang perlu dikejar oleh Mahathir pada usianya yang sudah memasuki 100 tahun.
Tiada lagi individu menjadi Perdana Menteri sebanyak dua kali di Malaysia.
Tak akan Mahathir mahu menjadi Perdana Menteri buat kali ketiga? Berhentilah kalau ada hasrat seperti itu.
Malaysia tidak mampu bergerak di bawah seorang pemimpin yang sudah lanjut usianya.
Negara memerlukan pemimpin yang lebih faham cabaran pada masa kini, bukannya individu yang lebih mementingkan legasi keluarganya berbanding rakyat.
Comments
Post a Comment