Mahathir Cuba Tegak Benang Yang Basah

Tun Dr Mahathir Mohamad sehingga kini masih tidak mahu mengaku salah berhubung isu pemilikan Pulau Batu Puteh yang terlepas ke tangan Singapura pada 2018.

Tindakan Mahathir yang ketika itu merupakan Perdana Menteri, menjadi tanda tanya banyak pihak terutamanya situasi tersebut berlaku selepas sebulan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinannya mengangkat sumpah.

Proses tuntutan terhadap Pulau Batu Puteh sejak 2008 menjadi 'sia-sia' kerana tindakan tidak masuk akal dilakukan oleh Mahathir.

Sehingga ke hari ini, tiada siapa mampu merungkai sebab utama Mahathir berbuat demikian dan alasan demi alasan diberikan oleh Mahathir, hanyalah bersifat dangkal.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/168174/BERITA/Nasional/Isu-Pulau-Batu-Puteh-Dr-Mahathir-tidak-jawab-persoalan-sebenar

Pulau Batu Puteh bukanlah sebarangan pulau, tetapi mempunyai kelebihan tersendiri yang mencetuskan pertikaian antara dua negara iaitu Malaysia dan Singapura.

Kedudukan Pulau Batu Puteh amat strategik di timur Johor iaitu laluan utama antara timur dan barat melalui Selat Melaka dan Laut China Selatan manakala di barat Johor pula, ada Pulau Pisang,

Para nelayan sebelum ini menggelarkan kawasan berkenaan sebagai lubuk emas mereka mendapatkan hasil lautan.

Seramai 1,500 orang nelayan berdaftar dengan Persatuan Nelayan Pengerang menangkap ikan di kawasan tersebut sebelum tidak dibenarkan berbuat demikian selepas perairan itu dikawal oleh kapal peronda Singapura sejak kira-kira 20 tahun lalu.

Sekiranya Pulau Batu Puteh menjadi milik Malaysia, para nelayan sudah tentunya gembira dengan khabar berkenaan dan mampu menuai hasil lautan di perairan terbabit.

Sumber: https://www.tsis.my/wp-content/uploads/2019/07/BATU-PUTEH-NILAI-SEBUAH-KEDAULATAN.pdf

https://www.sinarharian.com.my/article/166050/BERITA/Nasional/Semakan-semula-Pulau-Batu-Puteh-kembalikan-maruah-negara

Jika Pulau Batu Puteh tidak dituntut, Singapura bebas melakukan apa sahaja di pulau itu termasuklah melancarkan operasi ketenteraan dan penambakan.

Pada 1986, Singapura sudah mula melancarkan operasi ketenteraannya di pulau berkenaan dan meletakkan kapal perang berhampiran Pulau Batu Puteh.

Singapura juga menjadikan kawasan sekitarnya sebagai kawasan larangan sehingga menyebabkan para nelayan Malaysia tidak dapat melakukan aktivit itu.

Singapura pernah mengeluarkan kenyataan untuk membangunkan Pulau Batu Puteh. Saiznya yang sebesar satu padang bola sepak, tidak mustahil boleh menjadi 20-30 saiz padang bola sepak selepas dibangunkan.

Sekiranya situasi seumpaman itu berlaku, Singapura berkemungkinan membina pangkalan tenteranya di kawasan tersebut., sekali gus akan mencetuskan kebimbangan rakyat Malaysia tentang soal keselamatan negara.

Sumber: https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2021/07/835894/singapura-mula-bangunkan-pulau-batu-puteh

Ketika bercakap sewaktu memulaukan inkuiri pasukan petugas khas Pulau Batu Puteh di Putrajaya pada 28 Jun 2022, Mahathir cuba mengalihkan perhatian orang ramai dengan mendakwa Johor menjual kedaulatan negeri menerusi penjualan tanah kepada pelabur China.

Antara projek yang disebut oleh Mahathir adalah Maharani Energy Gateway.

Untuk pengetahuan Mahathir, projek itu sebenarnya menjadi asas kepada peningkatan pelaburan di Johor. Pada tahun ini, pelaburan dalam sektor pembuatan Johor meningkat hampir 30 peratus iaitu bersamaan kira-kira RM2 bilion bermula Januari hingga Mac.

Wujud pelaburan, maka wujudlah peluang pekerjaan kepada rakyat. Apabila banyak peluang pekerjaan, produktiviti negara kian rancak dan ekonomi Malaysia semakin pulih.

Tidak mungkin Mahathir tidak tahu tentang perkara asas seperti itu bukan? Jika Mahathir lupa, Mahathir boleh rujuk balik apa yang pernah beliau cakap tentang menolong taikun perniagaan ketika Krisis Ekonomi Asia pada 1990-an.

Sumber: http://www.dailyexpress.com.my/news/142473/mahathir-admits-bailing-out-tycoons/

Mahathir juga pernah mengakui bahawa beliau pernah menimbangkan untuk menukar Malaysia kepada sistem republik, suatu sistem sudah tentunya tidak bersesuaian dengan masyarakat dan adat rakyat tempatan.

Ini menunjukkan bahawa Mahathir tidak mengambil peduli soal kedaulatan negara.

Maka tidak pelik apabila Mahathir memutuskan untuk membatalkan permohonan semakan tuntutan Pulau Batu Puteh, hanya beberapa hari sebelum prosiding Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bermula.

Jangan kita lupa bahawa Mahathir sering berpandangan bahawa beliau adalah individu yang sesuai membawa Malaysia ke arah lebih baik.

Namun secara faktanya, banyak tindakan Mahathir tidak digemari oleh rakyat.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/471589

https://www.youtube.com/watch?v=hF6hKWhE-Q0&ab_channel=TheCoolerLumpurFestival

https://www.sinarharian.com.my/article/73473/BERITA/Nasional/Tun-Mahathir-pantau-gerak-geri-Muhyiddin

Pulau Batu Puteh merupakan simbol kedaulatan Malaysia. Seharusnya Mahathir lebih tegas dalam menjaga kedaultan negara.

Kegagalan Mahathir mempertahankan Pulau Batu Puteh merupakan antara titik tolak kepada tumbangnya kerajaan PH di bawah pimpinannya.

Mahathir juga harus berhenti menuding jari kepada orang lain dan cuba menilai kembali tindakannya semula.

Mahathir cuba menegakkan benang yang basah namun tiada gunanya. Disebabkan Mahathir, Malaysia kehilangan salah satu kedaulatan negara.

Comments

Popular posts from this blog

Mahathir Buat Boleh, Orang Lain Buat Tak Boleh

Tipu Muslihat Tender Kerajaan Anak-Anak Mahathir

Mahathir 'Koyak', Bangkit Naratif Mengarut