Dian Lee Bermuka-muka, Terpalit Skandal BAL


Kecoh sebentar Malaysia apabila ahli perniagaan negara ini, John Soh Chee Wen dan teman wanitanya, Quah Su Ling didakwa atas pertuduhan menjadi dalang kes manipulasi pasaran terbesar di Singapura melibatkan wang lebih AS$ 8 bilion daripada pasaran saham negara tersebut pada Oktober 2013.

Soh ditahan sejak November 2016 dan berdepan 188 pertuduhan!

Malahan Su Ling juga berdepan 169 pertuduhan melibatkan manipulasi pasaran dan penipuan.

Soh dikenakan hukuman penjara selama 9 tahun.

Sumber: https://www.thestar.com.my/aseanplus/aseanplus-news/2022/05/05/john-soh-quah-su-ling-found-guilty-in-singapore039s-s8bil-penny-stock-crash

Namun Soh hanyalah 'boneka' di sebalik mereka yang turut terbabit dalam kes berkenaan.

Antara yang terlibat adalah anak pengasas Country Heights, Tan Sri Lee Kim Yew iaitu Dian Lee serta suaminya, Datuk Jared Lim.

Dian Lee pernah buat kecoh sebelum ini apabila menyertai Muda dan dilantik menjadi AJK Pusat parti itu.

Sumber: https://www.utusan.com.my/terkini/2022/02/dian-lee-antara-ajk-pusat-muda/

Ramai persoal kenapa anak perempuan seorang hartawan terkemuka mahu menyertai politik. Malahan suaminya juga seorang ahli perniagaan.

Kata Dian Lee, dia menyertai Muda kerana parti berkenaan cuba mengorak cara baharu dalam politik.

Malahan dakwanya, Muda mahu 'memperbetulkan' sistem dan melaksanakan polisi lebih baik dalam membangunkan negara.

Sumber: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2022/02/17/tycoons-daughter-dian-lee-now-with-muda-says-political-resolve-tested-but-n/2042232

Namun lain pula ceritanya apabila kes membabitkan Soh menjadi perhatian ramai.

Dian Lee merupakan pengasas bersama Clearwater Group bersama-sama suaminya, Jared.

Jared ini pula merupakan salah seorang 'geng' Tingkat 4 ketika zaman pemerintahan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Abdullah Ahmad Badawi.

Tingkat 4 ini pula didakwa merupakan pembuat keputusan ketika zaman Pak Lah.

Sumber: http://excopemuda.blogspot.com/2009/02/siapa-tingkat-4.html

Dia bersama pengasas Asiasons Investment Managers Inc, Datuk Mohamed Azlan Hashim merupakan geng Tingkat 4.

Asiasons dan Clearwater pula mempunyai kaitan dengan Asiasons Capital Ltd, Lion Gold Corp Ltd dan Blumont Group Ltd atau lebih dikenali sebagai BAL.

Justeru, apakah Dian Lee tidak 'cermin diri sendiri' dulu ketika berkata mahu melaksanakan polisi lebih baik untuk negara? Untuk negara atau diri sendiri?

Asiasons sahaja mengaut 38.4% keuntungan haram daripada skandal tersebut. Clearwater dapat 10.62%. Dah kaya, bertambah tamak.

Memang wajar mengapa orang ramai pertikai keputusan Dian Lee mahu menyertai Muda.
Kelakarnya, Dian Lee sendiri 'retweet' berita tentang Soh di laman Twitternya pada Sabtu.

Apakah dia beranggapan tindakannya itu tidak dihidu oleh orang lain? Mengapa perlu 'acah-acah' tunjuk seperti tidak bersalah?

Malahan, ada dakwaan dari seorang warganet yang menuduh Dian Lee merupakan antara punca dia keluar dari Muda kerana tidak mahu bersekongkol dengan manusia yang 'hipokrit'.
Tingkat 4 ini dengan YB Muar, Syed Saddiq bukanlah benda baharu.

Sebelum ini, komputer riba yang disumbangkan oleh Syed Saddiq turut mendapat tajaan daripada salah seorang geng Tingkat 4 iaitu Pengerusi Yayasan ECM-Libra, Datuk Seri Kalimullah Hassan.

Sumber: https://premium.sinarharian.com.my/article/180768/fokus/semasa/syed-saddiq-jelaskan-isu-tajaan-kalimullah

Syed Saddiq kata Muda memperjuangkan isu perwakilan demokratik dan keadilan ekonomi.

Katanya, rakyat Malaysia sudah lama terpinggir daripada struktur kuasa dan proses pembuatan keputusan dalam negara dan pembangunan dasar.

Proses monopoli dan hierarki kuasa perlu diratakan bak kata Syed Saddiq.
Dian Lee sendiri tidak memiliki ciri-ciri individu yang sesuai untuk menggalas perjuangan itu. Agak meragukan pelantikan Dian Lee dari awal.

Malahan, perjuangan untuk keadilan ekonomi juga tidak layak diberikan kepada Dian Lee.

Dian Lee sendiri merupakan anak seorang hartawan terkemuka. Masakan dia tahu kesusahan orang lain, sedangkan dia lahir dari dulang emas.

Kes BAL juga menunjukkan Dian Lee bukanlah seorang yang mementingkan kesaksamaan pengagihan kekayaan negara.

Suaminya pula seorang ahli Tingkat 4 yang dikatakan pembuat keputusan pentadbiran kerajaan ketika zaman Pak Lah. Apakah sebenarnya cuba diperjuangkan oleh Dian Lee bersama Muda?

Atau soalan lebih tepat, apakah sebenarnya perjuangan Muda? Kalau betul hendak mengubah sistem negara, wajar ke mengambil individu korup sebagai ahli?

Comments

Popular posts from this blog

Mahathir Buat Boleh, Orang Lain Buat Tak Boleh

Tipu Muslihat Tender Kerajaan Anak-Anak Mahathir

Mahathir 'Koyak', Bangkit Naratif Mengarut