Jangan Cuba Jentik Api Permusuhan Kaum, Mahathir!


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kerap kali memainkan sentimen perkauman dalam ucapannya.

Mahathir seolah-olah cuba menghidupkan api permusuhan antara kaum di negara ini.

Sekejap memperjuangkan Melayu namun mengkritik Melayu di khalayak ramai.

Sekejap dia membuat sindiran kepada kaum Cina serta India dan kemudiannya meminta maaf.

Apakah Mahathir tidak menyedari bahawa pergaduhan antara kaum adalah satu perkara yang perlu dielakkan sama sekali?

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/07/1121976/dr-mahathir-cuba-bawa-naratif-baru-bersifat-perkauman


Sebelum ini, Mahathir mengeluarkan kenyataan bahawa komuniti Cina di Malaysia adalah minoriti yang kaya dan berjaya yang sepatutnya tidak terlibat dalam politik.

Dia mendakwa komuniti Cina hanya akan menyokong sesebuah parti politik sekiranya menguntungkan bangsa mereka.

Selain itu, kenyataan Mahathir tentang penggunaan 'chopstick' dalam kalangan orang Cina turut mengundang kemarahan para pemimpin Cina negara ini.

Dia mendakwa komuniti Cina tidak menyesuaikan diri dengan cara orang Malaysia makan menggunakan tangan sehingga menyebabkan berlakunya perpecahan kaum.

Para pemimpin politik Cina menegaskan kenyataan seumpama itu adalah berbaur 'serangan dan tidak berpaksikan fakta yang sebenarnya'.

Sumber: https://www.channelnewsasia.com/asia/mahathir-chopsticks-chinese-malaysians-hands-lim-guan-eng-simplistic-offensive-2376401

https://www.malaysiakini.com/news/602745


Mahathir juga pernah mencetuskan kontroversi serta kecaman dalam kalangan masyarakat India.

Pada 2019, Mahathir didakwa pernah mengeluarkan perkataan kurang sesuai terhadap kaum India terutamanya ketika isu Lynas.

Kata-kata itu menyebabkan beberapa ahli politik India membuat laporan polis terhadap Mahathir.

Meskipun Mahathir menafikan kata-kata itu ditujukan kepada mana-mana pihak, namun penggunaan perkataan yang kurang sesuai mengundang kemarahan masyarakat India.

Mahathir juga terang-terangan membawa pendakwah, Dr Zakir Naik yang dikatakan menghina agama Hindu dalam ucapannya, datang ke negara ini.

Sumber: https://www.astroawani.com/berita-politik/ph-semakin-tenat-hilang-sokongan-kaum-india-216544

https://www.malaysianow.com/my/news/2023/03/06/pemimpin-dap-serang-mahathir-rasis-lupa-asal-usul-kerala


Tindakan Mahathir yang melabel golongan Melayu sebagai pemalas sebelum ini mengundang kritikan berterusan sehingga ke hari ini.

Kenyataan beliau tersebut seolah-olah merendahkan kaum Melayu yang merupakan antara tunjang pembangunan negara.

Golongan Melayu khususnya merupakan salah satu daripada kumpulan etnik yang terbesar di negara ini, dan mereka memainkan peranan penting dalam membentuk identiti Malaysia sebagai sebuah negara yang pelbagai budaya dan agama.

Menghargai dan menjaga kepentingan orang Melayu juga penting untuk memastikan keseimbangan dan kestabilan sosial di Malaysia.

Sebagai contoh, kebanyakan kawasan luar bandar dan pedalaman di Malaysia didominasi oleh penduduk Melayu.

Jika kepentingan mereka tidak dijaga, ini boleh menyebabkan perpecahan dan ketegangan dalam masyarakat, yang akhirnya boleh mengancam keselamatan dan keamanan negara.

Sumber: https://umno-online.my/2018/09/09/melayu-gagal-atau-mahathir-gagal/

Malaysia terdiri daripada komuniti berbilang kaum dan kepentingan semua pihak perlu dijaga dengan baik.

Besar impaknya sekiranya berlaku rusuhan antara kaum di negara ini.

Bukan sahaja menyebabkan ketidakstabilan sosial malahan akan menjejaskan seluruh sistem negara.

Individu seperti Mahathir perlu ditolak sejauh-jauhnya agar api permusuhan antara kaum tidak dihidupkan.

Apa sebenarnya yang cuba Mahathir capai dengan meniupkan api permusuhan? Apa yang cuba Mahathir buktikan?

Kalau Mahathir merasakan semua kaum di negara ini tidak selamat dan terancam antara satu sama lain, fikirkan semula.

Mahathir seorang sahaja yang merasakan sebegitu.

Comments

Popular posts from this blog

Mahathir Buat Boleh, Orang Lain Buat Tak Boleh

Tipu Muslihat Tender Kerajaan Anak-Anak Mahathir

Mahathir 'Koyak', Bangkit Naratif Mengarut