PAS 'King Maker' Hanya Mitos


Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mendakwa parti berkenaan merupakan 'king maker' di negara ini.

Muhammad Sanusi mendakwa mana-mana gerakan politik di negara ini memerlukan penglibatan parti berkenaan.

Dia juga merasakan gerakan politik di negara ini tidak akan ke mana-mana tanpa melibatkan PAS.

Soalnya, sejauh mana kebenaran dakwaan Muhammad Sanusi tentang PAS adalah 'king maker'?

Adakah apa yang didakwa oleh Muhammad Sanusi itu mencerminkan realiti sebenar PAS dalam politik negara ini?

Sumber: https://www.utusan.com.my/nasional/2023/08/pas-king-maker-gerakan-politik-perlu-libatkan-kami-sanusi/


Kalau benar PAS adalah 'king maker', mengapa parti seperti UMNO menolak hasrat PAS untuk bekerjasama semula?

PAS sendiri tiada hala tuju jelas khususnya dalam soal perpaduan ummah dengan parti lain. Maka, bagaimana parti itu boleh menjadi 'king maker' yang sebenarnya?

Politik Malaysia ini bukan hanya tertumpu kepada satu arah sahaja sebaliknya lebih kompleks dan dinamik.

Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi pilihan rakyat dalam memilih sesebuah parti politik seperti isu ekonomi dan sosial.

Perjuangan PAS pula tidak tertumpu sepenuhnya kepada isu-isu berkenaan, maka mustahil untuk PAS menjadi 'king maker' di negara ini.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/276368/berita/politik/mohd-khairuddin-persoal-niat-pas-isu-kerjasama-umno


PAS kerap kali menyebut tentang perpaduan ummah dan menyentuh soal hukum Islam setiap masa.

Namun, bagaimana dengan kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang merendah-rendahkan rakyat Johor sebelum ini?

Dia mendakwa PAS kurang sokongan di Johor kerana rakyat negeri itu kurang kesedaran politik Islam.

Malaysia adalah negara demokrasi tetapi tindakan Abdul Hadi mengkritik dan merendahkan orang ramai bertentangan dengan prinsip tersebut.

PAS juga bukan satu-satunya wakil politik Islam di negara ini dan kenyataan Abdul Hadi menunjukkan betapa sempitnya pemikiran pemimpin parti itu.

Menilai kesetiaan seseorang kepada agama Islam berdasarkan pilihan politik mereka adalan pandangan yang tidak tepat dan dangkal.

Sumber: https://www.getaran.my/artikel/politik/20396/dakwa-bangsa-johor-kurang-kesedaran-politik-islam-hadi-digesa-mohon-maaf


Tak usah berangan mahu menjadi 'king maker', sedangkan isu-isu rakyat di negeri pemerintahan sendiri pun gagal diselesaikan dengan baik.

Walaupun air adalah keperluan asas, jawapan pemimpin PAS berhubung masalah air keruh di negeri itu menggambarkan sikap mereka yang kurang prihatin.

Mereka mempersendakan rakyat dengan jawapan-jawapan seperti rakyat suka menggali telaga atau rakyat boleh mengambil air di Sungai Kelantan yang keruh seperti teh tarik.

Tidak adil bagi rakyat apabila pemimpinnya menawarkan solusi 'setengah masak' dan tidak realisitik seperti itu.

Kes serupa turut berlaku melibatkan infrastruktur jalan raya. Pemimpin PAS mengganggap masalah jalan raya tidak perlu diselesaikan kerana kemudahan itu hanya digunakan semasa musim cuti raya.

Respons seperti itu menunjukkan betapa pemimpin PAS tidak memahami tentang keperluan asas infrastruktur yang berfungsi setiap hari.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/08/1139012/pas-disifatkan-parti-toksik-ancam-kestabilan


Tuntasnya, PAS kalau mahu dianggap sebagai 'king maker', parti itu perlu mengetepikan retorik politik semata-mata dan fokus kepada masalah rakyat.

Soal rakyat pun terabai, bagaimana mahu menjadi 'king maker'? Sekadar bermimpi sahajalah.

PAS masih belum berada pada kedudukan untuk mendapat gelaran itu.

Untuk menjadi 'king maker', PAS perlu mempunyai visi yang jelas, kepimpinan yang konsisten dan paling penting, sokongan kukuh daripada rakyat.

Selagi PAS tidak memiliki semua ciri-ciri itu, tak usah berangan mahu menganggap diri sebagai 'king maker'.

Comments

Popular posts from this blog

Mahathir Buat Boleh, Orang Lain Buat Tak Boleh

Tipu Muslihat Tender Kerajaan Anak-Anak Mahathir

Mahathir 'Koyak', Bangkit Naratif Mengarut