Posts

Asiah, Peguam Kontroversi Yang Sombong!

Image
Perbicaraan kes melibatkan 'adik Bella' baru-baru ini memasuki episod baru apabila kesemua peguam yang mewakili tertuduh, Siti Bainun menarik diri. Siti Bainun sebelum ini melantik 10 orang peguam untuk membelanya. Namun, kes perbicaraan tersebut mendapat perhatian Keluarga Diraja Johor dan membantu adik Bella. Salah seorang peguam kontroversi, Asiah Abd Jalil baru-baru ini memuat naik status mengutuk Keluarga Diraja Johor. Dia mendakwa mana-mana kerabat diraja tidak sewajarnya campur tangan dalam sebarang kes mahkamah. Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/240968/berita/semasa/siti-bainun-menangis-semua-peguam-tarik-diri Untuk pengetahuan Asiah, mana-mana kerabat diraja berhak menyuarakan pandangan dan pendapat mengikut Perkara 10 Perlembagaan. Kalau kerabat diraja mahu mencampuri keputusan mahkamah, baik dilakukan secara senyap-senyap tanpa pengetahuan sesiapa. Tetapi kerabat diraja menyuarakan pandangan menerusi media sosial atau erti kata lain, secara terbuka. Car...

Retorik Perkauman PN Bakal Memakan Diri Sendiri

Image
Retorik perkauman yang dicetuskan oleh Perikatan Nasional (PN) saban hari hanya mengundang kritikan kepada gabungan berkenaan. Isu perkauman merupakan sesuatu yang sensitif untuk dibicarakan dalam negara ini memandangkan Malaysia mempunyai masyarakat yang berbilang kaum. Apakah tujuan dan matlamat PN sebenarnya? Mengapa cuba memecahbelahkan rakyat dengan retorik perkaumannya? Apakah tiada modal lain untuk dibangkitkan terhadap kerajaan? Mengapa perlu guna isu yang sensitif semata-mata mahu mencapai kepentingan politik peribadi? Sumber: https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/413236 Pada November lalu, Ketua Pemuda PAS, Shahiful Nasir mendakwa penyokong Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) akan dimasukkan ke neraka jika mengundi kedua-dua gabungan tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Dalil mana yang digunakan oleh PAS untuk mengeluarkan kenyataan songsang sebegitu. Kenyataan sebegitu hanya memburukkan persepsi orang ramai terhadap Islam. PN tergamak menggunak...

Syed Saddiq Tak Habis-Habis Menipu

Image
Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tak habis-habis mahu menipu rakyat. Kalau sembang di media dan media sosial, bukan main rancak lagi. Namun, kalau hendak menipu pun, janganlah sampai kantoi. Sekarang ini zaman teknologi maklumat, semua benda boleh dicari dengan mudah. Kalau sekadar masuk politik untuk menipu rakyat, lebih baik buang saja jawatan itu. Tak guna hentam orang sana sini, tapi Syed Saddiq sendiri pun kuat menipu rakyat. Sumber: https://www.utusan.com.my/terkini/2021/06/jangan-bohong-untuk-jadi-popular-syed-saddiq-mesti-minta-maaf/ https://soscili.my/seorang-nelayan-mendedahkan-apa-syed-saddiq-buat-dalam-isu-tambak-laut-muar/ Baru-baru ini, Syed Saddiq mengedarkan laporan prestasinya di Muar. Menurut kad laporan prestasinya itu, Syed Saddiq mendakwa peruntukan sebanyak RM20 juta disalurkan kepada belia di Muar. Namun foto yang digunakan serta peruntukan yang disebut tidak selari dengan laporan prestasinya. Foto yang digunakan dalam k...

Syed Saddiq Penyokong Keganasan

Image
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq begitu terdesak untuk menang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) sehingga tidak kisah untuk bekerjasama dengan parti yang dianggotai oleh pengganas. Sudah beberapa kali Pakatan Harapan terpalit dengan isu keganasan, namun Syed Saddiq masih mahu bekerjasama dengan 'parti pengganas'. Tapi tiada yang pelik tentang Syed Saddiq kerana asalkan kepentingan politiknya tercapai, dia tidak kisah untuk melakukan apa sahaja. Sikap hipokrit Syed Saddiq jelas kelihatan apabila dulu mengutuk keganasan, alih-alih bekerjasama pula dengan parti yang menyokong keganasan. Cuma, rakyat perlu faham sekiranya peluang diberikan kepada Syed Saddiq dan parti pengganas untuk memerintah negara ini, jahanam Malaysia. Sumber: https://www.malaysia-today.net/2019/10/11/pakatan-harapan-is-a-threat-to-malaysias-security/ https://www.facebook.com/SinarHarian/photos/pemimpin-malaysia-kutuk-serangan-di-sri-lankamenteri-belia-dan-sukan-syed-saddiq/10157545051519883/ Ketika PH me...

10 Kegagalan Syed Saddiq Di Muar

Image
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini mengatakan ingin terus berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Muar dan berharap rakyat akan membantu kempennya dalam Pilihan Raya Umum (PRU) kelak. Syed Saddiq mengatakan tugasnya di Muar masih belum selesai kerana banyak lagi mahu dilakukannya. Geli pula apabila membaca kenyataan Syed Saddiq. Masakan tidak, ketika diberi peluang, tidak mahu guna sepenuhnya. Apabila terdesak, merayu kepada rakyat supaya menyokong dia. Banyak kegagalan yang berlaku sepanjang Syed Saddiq menjadi Ahli Parlimen Muar. Sumber: https://malaysiapost.com.my/2022/10/03/syed-saddiq-ingin-terus-berkhidmat-di-parlimen-muar/ Awal tahun ini, Syed Saddiq mendakwa Kerajaan Negeri Johor menghalang sukarelawan Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) daripada menghulurkan bantuan banjir di Johor, khususnya penduduk Muar. Namun, Kerajaan Negeri Johor mengatakan dua permohonan MUDA untuk menghantar bantuan di Segamat sudah diluluskan namun bayang-bayang Syed Saddiq tidak...

Sejauh Mana Kebenaran MUDA Bukan Proksi Mahathir?

Image
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) baru-baru ini menyatakan niat untuk bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Malahan, Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman awal-awal lagi sudah mengumumkan MUDA akan bertanding dalam 15 kerusi pada PRU kelak. Timbalan Presiden MUDA, Amira Aisya Abd Aziz mengatakan mahu berjumpa dengan PH bagi membincangkan salah faham yang berlaku antara kedua-dua parti. Amira Aisya juga menafikan pelbagai dakwaan yang dibuat oleh pelbagai pihak terhadap MUDA seperti parti itu adalah proksi serta ejen kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan parti PEJUANG. Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/09/999102/muda-bukan-ejen-proksi-pejuang-atau-tun-m Persoalan yang timbul adalah sama ada betul atau tidak penafian yang dibuat oleh Amira Aisya. Semua sedia maklum, Syed Saddiq amat setia dengan Mahathir sejak ahli Parlimen Muar itu menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Malaha...

Relevan Lagikah Syed Saddiq Di Muar?

Image
Menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang berkemungkinan diadakan pada penghujung tahun ini atau 2023, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mengumumkan akan bertanding dalam 15 kerusi Parlimen. MUDA turut akan bersaing di Sabah dan Sarawak kerana yakin akan kebolehan parti itu meraih undi yang tinggi di Borneo. Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sekali lagi bakal menjadi taruhan parti berkenaan di Muar, Johor. Persoalan yang timbul, adalah sama ada Syed Saddiq masih kekal relevan di Muar atau tidak. Ketika PRU-14 pada 2018, Syed Saddiq menewaskan Datuk Seri Razali Ibrahim (BN-UMNO) dan Abdul Aziz Talib (PAS) dengan majoriti 6,953 undi. Syed Saddiq membentangkan pelbagai manifesto seperti janji untuk mewujudkan peluang pekerjaan dan membina rumah untuk penduduk Muar selain ditambah dengan kemarahan orang ramai terhadap UMNO pada masa itu. Selepas memenangi kerusi Parlimen tersebut, Syed Saddiq berkata, beliau masuk dalam arena politik untuk mengembalikan kuasa kepada ...