Mahathir Lagi Banyak Cetus Kontroversi

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah lari daripada kontroversi. Ada sahaja kontroversi atau skandal yang dikaitkan dengan Mahathir. Pepatah mengatakan, kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang. Kalau dia tidak buat, mana mungkin orang lain akan bercakap. Namun, Mahathir sangat licik menyembunyikan perbuatannya dan kerap kali menafikan segala skandal yang terpalit dengan namanya. Mahathir bagaimanapun tidak boleh lari selama-lamanya. Banyak bukti bertebaran di media sosial tentang 'kejahatan' Mahathir terutamanya ketika menjadi Perdana Menteri. Pada 1994, Sarawak memberi kebenaran untuk menebang lebih 1,000 hektar balak kepada sebuah syarikat yang dikenali sebagai Tanjung Tiara Sdn Bhd. Pemegang saham dan pengerusi syarikat berkenaan adalah anak Mahathir, Mukhriz. Perdana Menteri pula pada ketika itu adalah Mahathir sendiri. Mukhriz pada ketika itu baru berusia 30 tahun. Pemuda berusia 30 tahun sudah mempunyai syarikat sendiri dan mampu mendapatkan proje...