Sepandai-pandai Syed Saddiq Menipu Rakyat, Akhirnya


Dalam kertas pendakwaan terbaru, Syed Saddiq telah dituduh melakukan pengubahan wang haram apabila memasukkan wang RM100,000 ke dalam akaun bank Maybank Islamic beliau yang kemudian dipindahkan ke akaun ASBnya.

Ramai yang bertanya apa benda aktiviti haram yang dilakukan Syed Saddiq tersebut? Cuba kita lihat pada kes ini secara mendalam :

Pada 2 April 2018, Parti Bersatu telah diharamkan oleh ROS. (https://www.hmetro.com.my/utama/2018/04/327751/ppbm-diperintah-bubar-sementara)

Pada 8 April 2018, Syed Saddiq menjalankan satu acara "fund-raising battle for johor" untuk meraih dana beliau bertanding sebagai calon parlimen di Muar untuk PRU14.

Menurut FB live Syed Saddiq pada 22 Julai 2021, (https://www.facebook.com/1130669147012110/videos/933676217487695) beliau berkata fund raising itu tidak ada kena mengena dengan Bersatu kerana parti Bersatu telah diharamkan, malah katanya Akaun Bersatu juga telah dibekukan. Maka Fund Raising itu adalah fund raising hanya untuk kapasiti beliau secara peribadi. Tambahnya, sumbangan adalah secara terus kepadanya.

"Sumbangan dibuat terus kepada saya, bukan kepada parti pribumi bersatu malaysia atau armada kerana pada masa tu telah diharamkan, telah dinyahdaftarkan!" - Syed Saddiq

Ada satu poster acara tersebut yang ditunjukkan beliau sambil bertanya:

"Ada tak gambar Armada? Ada tak gambar bersatu? Apa nama caption dia? "Fund-raising battle for johor!"

Apa yang tidak diberitahu Syed dalam FB live beliau itu adalah mengenai nombor akaun yang digunakan untuk penyaluran sumbangan raih dana tersebut. Dana bukan ke akaun beliau.

Walaupun beliau cuba menjarakkan aktiviti itu dari Bersatu atau Armada, akaun yang digunakan tersebut mirip nama Armada iaitu "Armada Bumi Bersatu Enterprise". Malah gambar Tun M (Pengerusi Bersatu) dan Muhyidin (Presiden Bersatu) juga digunakan untuk menarik orang ramai, malah dikongsikan di FB Armada Johor.

Hasil pemeriksaan di SSM, didapati syarikat tersebut telah tamat tempoh pada 3 Januari 2018. Maka sebarang aktiviti masuk atau keluar wang dari syarikat tersebut adalah haram kerana syarikat tersebut telah tamat tempoh!

Kata beliau lagi:

"Kalau nak buat fund raising parti mestilah bendahari parti yang akan hadir, akan guna akaun parti, akan pastikan bahawa akan dibincangkan dalam mesyuarat parti. None of that! "

Hasil pemeriksaan di SSM juga mendapati "Armada Bumi Bersatu Enterprise" dimiliki secara tunggal oleh Rafiq Hakim. Tahukah anda jawatan apa beliau pegang ketika itu? Bendahari Armada Nasional!

Kesimpulannya, benda ni mudah: terkantoi sebab guna akaun syarikat yang dah tamat tempoh. Sebab tu lah kena dakwa. Fund Raising tak salah. Tapi gunalah akaun yang sah. Benda basic pun tak tahu ke?

Tak perlu lah pusing-pusing kata diugut la, ditawarkan la. Lagi banyak kau buka mulut, lagi banyak salah orang jumpa dik.

Bukan in saja, budak ini juga didakwa mengeluarkan duit parti sebanyak RM 1 juta yang didakwa dikeluarkan dari akaun parti tanpa kelulusan pimpinan parti. Itu pulak kes yang lebih serius.

p/s : Berapa bunga dapat bro simpan RM100K kat ASB? 😛

-Wartawan Tak Bertauliah-

Info dan sebahagian sumber - https://www.facebook.com/716388591/posts/10159220696668592/

Comments

Popular posts from this blog

Mahathir Buat Boleh, Orang Lain Buat Tak Boleh

Tipu Muslihat Tender Kerajaan Anak-Anak Mahathir

Mahathir 'Koyak', Bangkit Naratif Mengarut