Kedaulatan Melayu Tidak Bermakna Bagi Mahathir


Baru-baru ini Tun Dr Mahathir telah menunjukkan belangnya yang sebenar dengan tidak mengendahkan kedaulatan bangsa Melayu Islam di negara ini.

Apabila Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah bahawa tindakan harus diambil ke atas pihak yang bertanggungjawab tidak meneruskan permohonan semakan dan pentafsiran kes Pulau Batu Puteh, Tun Dr Mahathir sempat mengelak dengan mengaitkan kes itu dengan perkara yang lain.

Apabila ditanya apakah perasaan orang Melayu Kedah jika Langkawi diberikan dengan begitu sahaja kepada Thailand, Tun Dr Mahathir enggan menjawab dengan fakta dan logik, sebaliknya mengubah topik kepada penjualan pasir. 

Kes Pulau Batu Puteh adalah amat penting dalam kedaulatan negeri Johor, dan juga kedaulatan Malaysia. Namun begitu pada 2018, ketika pemerintahan Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir telah menarik balik permohonan semakan terhadap keputusan ICJ pada 2008 yang memihak kepada Singapura.

Ini jelas sebuah perbuatan yang biadab dan tidak berasas. Lebih teruk sekali apabila Tun Dr Mahathir secara tersirat memfitnah Sultan dan kerajaan negeri Johor atas kegiatan “eksport pasir”, sambil memanggil ia sebagai sebuah pengkhianatan kepada negara. 

Walhal di sebalik tabir, Tun Dr Mahathir sendiri pernah luluskan 4 syarikat berasingan untuk melombong dan mengeksport pasir ke luar negara ketika era pemerintahan Pakatan Harapan sendiri. Ini tidak campur lagi kelulusan lain yang diberi olehnya pada tampuk pertama kekuasaan beliau sebagai Perdana Menteri ke 4.

Amat ironi dan jelek jika kita lihat kenyataan mantan Perdana Menteri itu – yang amat tidak sedar diri.

Persoalan pertama yang kita perlu teliti adalah siapakah Tun Dr Mahathir untuk berbincang tentang pengkhianatan dan penderhakaan? Adakah beliau lupa bahawa beliau yang memecahbelahkan penyatuan politik Melayu serta negara selama ini, di samping mengaut segala kekayaan dalam negara untuk rakan dan keluarga beliau?

Harus kita sedar bahawa sepanjang rejim Tun Dr Mahathir yang pertama, ekonomi negara telah dijarah sepuas-puasnya oleh keluarga beliau dan juga rakan-rakan kroni beliau seperti Tun Daim – sampaikan sehingga anak beliau boleh menjadi antara orang terkaya di Malaysia.

Pada masa yang sama, sehingga ke hari ini, ramai lagi rakyat Malaysia di luar sana yang masih dibelenggu kemiskinan.

Sumber: https://www.malaysia-today.net/2018/06/28/kekayaan-luar-biasa-anak-anak-tun-dr-mahathir-part-1/

Sikap Tun Dr Mahathir yang sering memburukkan peranan Raja-Raja Melayu dan orang Melayu sendiri juga perlu ditekankan. Pelucutan kuasa imuniti kerabat diraja Melayu, yang telah terbukti tidak berasas, telah secara tidak langsung menjadikan beliau sebagai pemimpin yang berkuasa mutlak selama 22 tahun rejim pertamanya.

Sumber: https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/04/12/prebet-adams-family-apologises-to-johor-royal-family/

Walhal institusi Raja-Raja Melayu itu sendiri merupakan warisan yang perlu dijaga dengan rapi oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama, kerana ia merupakan identiti kepada bangsa Melayu dan negara Malaysia itu sendiri.

Sebaliknya, dalam kerakusan kuasa beliau, Tun Dr Mahathir sanggup untuk melumpuhkan kuasa Raja-Raja Melayu, inilah penderhaka sebenar!

Sumber: https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/26922

Sikap talam dua muka Tun Dr Mahathir ini memang diketahui oleh orang ramai. Di samping mengecam eksport pasir ke luar negara, beliau di belakang giat meluluskan pelbagai lesen AP untuk menjarah kekayaan negara demi kroni dan keluarga beliau.

Adakah Tun Dr Mahathir selama ini kuat memperjuangkan nasib orang-orang Melayu dan Malaysia? Sudah tentu tidak, jika warisan dan tradisi Melayu itu sendiri Tun Dr Mahathir sanggup perjudikan, apatah lagi sebuah pulau?

Comments

Popular posts from this blog

Mahathir Buat Boleh, Orang Lain Buat Tak Boleh

Tipu Muslihat Tender Kerajaan Anak-Anak Mahathir

Mahathir 'Koyak', Bangkit Naratif Mengarut