Kekayaan Luar Biasa Keluarga Mahathir

Mahathir sering menafikan bahawa beliau tidak pernah berniat ingin mencipta legasi dalam politik tempatan. Beliau beberapa kali menyentuh tentang kekayaan anak beliau adalah hasil kerja keras dan bukannya kerana kaitan nama keluarga beliau. Tetapi realitinya agak sukar untuk kita melupakan jumlah kekayaan terkumpul milik Mirzan, Mokhzani dan Marina yang melebihi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) beberapa buah negara membangun lain. 

Sebagai contoh, pada 1994, Kerajaan Negeri Sarawak telah memberi kebenaran untuk menebang lebih 1,000 hektar balak kepada syarikat TANJUNG TIARA SDN BHD. Mukhriz Mahathir bukan sahaja pemegang saham tetapi adalah Pengerusi kepada syarikat ini.
Maklumat lanjut di –

https://www.sarawakreport.org/2019/08/j-c-fong-claims-sarawak-report-shielded-mukriz-mahathir-in-astonishing-slur-against-pms-family-exclusive/

https://www.malaysiakini.com/news/488229

Apa yang dilakukan oleh TANJUNG TIARA atau MUKHRIZ MAHATHIR hingga mendapat rezeki jatuh dari langit sebegitu rupa? Pada ketika itu (tahun 1994) Perdana Menteri Malaysia adalah Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Pada tahun 2018 pula, apabila Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan Malaysia, Mukhriz telah dilantik menjadi Menteri Besar Kedah. Sekali lagi keluarga ini mendapat kesempatan untuk meraih lebih kekayaan menerusi pelbagai skim dan cara. Ini adalah bukti dimana Mukhriz telah menjual sebidang tanah negeri Kedah kepada ahli perniagaan dari China. Kali ini sejumlah 320 hektar hanya kepada satu syarikat China.

Maklumat lanjut mengenai projek KEDAH – CHINA projects ketika Mukhriz menjadi MB Kedah :

https://thekl-chronicle.blogspot.com/2020/05/scary-news-did-mukhriz-mahathir-sold.html

https://www.malaysiakini.com/letters/509478

Rakyat tidak perlu diingatkan tentang kekayaan Dr. Mahathir dan anak-anak beliau yang kesemuanya adalah multi-millionaires dan billionaires. Apabila ditanya mengenai hal ini, Dr. Mahathir sering menempelak pengkritik dengan mengatakan bahawa kejayaan anak-anak beliau adalah kerana kerja keras mereka sendir dan tiada kena mengena dengan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri selama dua dekad. Beliau juga menegaskan bahawa anaknya tidak kaya semasa beliau berkuasa.

Jika kenyataan ini benar, ini bermaksud keluarga Mahathir pastinya telah "bekerja lebih keras" kerana jumlah kekayaan Marina, Mirzan, Mukhriz dan Mokhzani mudah mengatasi sekurang-kurangnya 120 KDNK negara lain. Selain itu, Mokhzani sering merujuk kepada keluarganya sebagai "juara" dengan kekayaan yang ada pada mereka.
Untuk lebih spesifik:

1. Mokhzani memiliki 255 syarikat, dengan jumlah aset bernilai kira-kira USD21 billion

2. Mirzan memiliki 156 syarikat, dengan jumlah aset bernilai kira-kira USD17 billion

3. Mukhriz mempunyai 128 syarikat dengan jumlah aset bernilai kira-kira USD13 billion

4. Marina mempunyai 52 syarikat, dengan jumlah aset bernilai kira-kira USD9 billion

Kini tidak hairan mengapa Mahathir sentiasa mempertahankan cara kerja anak-anak beliau. Selain itu, anak-anak Mahathir bukan hanya "bekerja keras" untuk memiliki berbilion ringgit, tetapi mereka juga telah meletakkan diri mereka antara orang melayu terkaya di dunia dengan pengaruh politik Mahathir. Tidak keterlaluan juga jika kita katakan bahawa Mahathir membina dinasti yang akan menguatkan status “untouchable” mereka untuk generasi akan datang.

Comments

Popular posts from this blog

Mahathir Buat Boleh, Orang Lain Buat Tak Boleh

Tipu Muslihat Tender Kerajaan Anak-Anak Mahathir

Mahathir 'Koyak', Bangkit Naratif Mengarut