Kenapa Syed Saddiq Diam Pasal Isu Bella

Kes membabitkan remaja Orang Kelainan Upaya (OKU) yang dikenali sebagai Bella meruntun hati semua pihak.

Namun di sebalik 'kehangatan' kes itu, pemimpin yang kononnya memperjuangkan nasib semua rakyat marhaen iaitu Syed Saddiq dilihat terus berdiam diri.

Mengapa si populis yang sering memuat naik hantaran berbentuk 'prihatin kepada rakyat' di media sosial mendiamkan diri apabila orang ramai makin kecoh tentang isu melibatkan Bella?

Mengapa boleh melakukan solidariti untuk penyanyi, Yasin Sulaiman dan tidak melakukan perkara sama untuk Bella?

Sumber: https://twitter.com/SyedSaddiq/status/1526766258087075846

Untuk pengetahuan semua, Syed Saddiq enggan bersuara kerana pengasas Rumah Bonda sendiri adalah kawan baiknya, Syed Azmi.

Sebelum ini, Syed Azmi mendakwa dia adalah sekadar penasihat kepada Rumah Bonda namun sebaliknya adalah Timbalan Pengerusi Rumah Bonda.

Syed Azmi ini juga bersikap hipokrit sama seperti kawan baiknya.

Dia mendakwa Rumah Bonda tidak menjalankan aktiviti program anak angkat dan tidak tahu menahu tentang penderaan Bella di Rumah Bonda.

Namun bukti menunjukkan sebaliknya. Rujuk sahaja gambar di bawah ini. Apa lagi Syed Azmi mahu sorokkan? Sudah terang-terangan Syed Azmi merupakan Timbalan Pengerusi Rumah Bonda.

Paling kelakar, Ahli Parlimen parti Bersatu, Mas Ermieyati Samsudin mendedahkan Rumah Bonda menawarkan servis pengambilan anak angkat di Facebooknya tahun lalu.

Banyak betul penipuan dilakukan oleh Syed Azmi. Berkawan pula dengan penipu besar seperti Syed Saddiq. Memang perangai dua kali lima!

Sumber: https://www.facebook.com/emysamsudin/posts/10226591057907362

https://ttkm.com.my/2021/07/24/rumah-bonda-syed-azmi-adalah-timbalan-pengerusi-bukan-penasihat-scrut/

Syed Azmi juga golongan liberal. Syed Azmi ini terkenal selepas mengadakan program I Want To Touch A Dog pada 2014.

Kalau bercakap pasal liberal, Syed Saddiq pula banyak kali terang-terangan menunjukkan dirinya seorang liberal. Sebelum ini, Syed Saddiq pernah menyatakan bahawa subjek keagamaan perlu dimansuhkan di dalam skema pembelajaran di universiti-universiti negara.

Menurut Saddiq, ia hanyalah membuang masa pelajar dan tidak mampu untuk mengeluarkan graduan yang mampu untuk meraih peluang di pasaran pekerjaan.

Maka, kita tahulah mengapa Syed Saddiq mendiamkan diri sahaja. Terang lagi bersuluh, kedua-dua mereka adalah penyokong agenda liberal.

Syed Saddiq tidak mungkin akan tikam belakang 'rakan sekufunya'.

Sumber: https://www.facebook.com/119783238701436/posts/855816145098138/

https://www.youtube.com/watch?v=ys_hUS0ftwI

Rumah Bonda ini tempat cuci duit ahli politik. Siti Bainun itu sendiri merupakan anak angkat kepada Ahmad Zahid Hamidi.

Menguatkan lagi dakwaan itu, Siti Bainun diarahkan untuk menguruskan dana Yayasan Akal Budi. Macam satu kebetulan, Ahmad Zahid dibicarakan atas dakwaan pecah amanah membabitkan yayasan tersebut.

Siti Bainun juga menguruskan pelbagai yayasan bagi orang ternama UMNO melalui kerja-kerja NGO. Malahan, Rumah Bonda juga merupakan tempat untuk ahli politik, selebriti, VIP, VVIP dan LGBT mengambil anak angkat.

Peguam-peguam liberal dan LGBT seperti Aminahtul, Farhan, Asiah, dan Hafidzah juga mempertahankan Siti Bainun serta Syed Azmi yang diketahui juga daripada kaum LGBT.

Maka, jelas di sini mengapa kebanyakan pihak mengambil sikap mendiamkan diri apabila Siti Bainun dibicarakan di mahkamah.

Sumber: https://beritaperak.com/siti-bainun-anak-angkat-presiden-umno/

https://beritaperak.com/rumah-bonda-pusat-cuci-duit-ahli-politik/

Syed Azmi pula dikatakan menjaga kepentingan bagi Pakatan Harapan (PH) di Rumah Bonda.

Disebabkan itu, ketika Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun cuba memecat Syed Azmi daripada jawatan Pemegang Amanah Yayasan Kebajikan Negara sewaktu perubahan kerajaan PH kepada Perikatan Nasional (PN), geng-geng tersebut menentang pemecatan itu.

Geng-geng berkenaan memberi alasan Syed Azmi aktivis bukan politik, pejuang kanak-kanak dan bermacam-macam lagi. Hannah Yeoh antara orang yang menentang pemecatan tersebut.

Syed Azmi merupakan Penasihat Mahkamah Kanak-Kanak dan Pemegang Amanah Yayasan Kebajikan Negara (YKN) yang dilantik oleh Wan Azizah ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri, Pakatan Harapan sebelum ini. Ketika pemimpin IKRAM dan AMANAH mengemudi YKN, Syed Azmi Alhabshi menjadi orang kuat kesayangan PH.

Kisah Yayasan Kebajikan Negara (YKN) yang dipimpin Datin Paduka Che Asmah Ibrahim (IKRAM-AMANAH) pernah didedahkan Sabahkini2 pada 2020. Berjoli sakan YKN ketika itu. Dana dari luar negara pun masuk dalam YKN untuk disalur kepada NGO kroni PH dan IKRAM.

Sumber: http://sabahkini2.com/en/news/4646/syed-azmi-pendokong-ph-rakan-subahat-siti-bainun-dera-bella-di-rumah-bonda/view

https://www.sinarharian.com.my/article/124075/BERITA/Nasional/Hannah-Yeoh-Syed-Azmi-gesa-10-langkah-tangani-gejala-sugar-baby

Siti Bainun dan Syed Azmi sepatutnya dibicarakan serentak. Persoalan timbul apabila Syed Azmi tidak dikenakan sebarang tindakan.

Malahan, Syed Azmi masih lagi tidak malu untuk memegang jawatan sebagai Penasihat Mahkamah Kanak-Kanak Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Ahli Pemegang Amanah YKN.

Selepas culas dalam soal penjagaan remaja istimewa seperti Bella, Syed Azmi nampaknya tidak mahu mengaku bersalah.

Sehinggakan satu memorandum terpaksa dihantar kepada Rina untuk menamatkan lantikan Syed Azmi. Betul-betul muka tembok.

Bagi Syed Saddiq pula, tak akan disebabkan kes itu melibatkan kawan baiknya sendiri, terus menyorokkan muka.

Anda berlagak seperti pejuang rakyat tetapi hakikatnya, semua itu dusta belaka!

Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kes-bella-ada-unsur-konflik-kepentingan-peranan-syed-azmi-perlu-ditamatkan-aktivis-peguam-356028


 

Comments

Popular posts from this blog

Mahathir Buat Boleh, Orang Lain Buat Tak Boleh

Tipu Muslihat Tender Kerajaan Anak-Anak Mahathir

Mahathir 'Koyak', Bangkit Naratif Mengarut