Muar Kian Terabai Di Bawah Syed Saddiq
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakhiri 2024 dengan kegagalannya untuk memajukan kawasan Parlimen berkenaan.
Syed Saddiq dilihat lebih banyak bermain retorik berbanding melaksanakan usaha memajukan Muar.
Ada juga Syed Saddiq menggunakan 'peluang yang terhidang' untuk mengangkat dirinya sebagai wira kawasan Parlimen tersebut.
Namun, kita sedia maklum Syed Saddiq sejak dahulu memang tidak pandai menguruskan Muar.
Balik-balik menyalahkan kerajaan. Tiada perkara lain yang mahu dilaungkan oleh Syed Saddiq sepanjang 2024. Bagaimana Syed Saddiq mahu memajukan Muar kalau diri sendiri sibuk bermain kejohanan marathon di sana sini?
Kalau pencapaiannya mengagumkan tidak apa, tetapi ada pula isu dia menipu rekod masa lariannya.
Cuba menipu rakyat dengan menayangkan gambarnya mengangkat trofi, rupa-rupanya Syed Saddiq dibatalkan kelayakannya dalam kejohanan itu.
Bagaimana rakyat hendak mempercayai Syed Saddiq? Rekod masa larian marathon pun dia cuba tipu.
Tak kisah mahu menunjukkan dia adalah ahli politik yang aktif bersukan tapi jangan sampai menipu rekod masa larian dan mengabaikan Muar.
SUMBER: https://thesun.my/malaysia-news/syed-saddiq-admits-to-blunder-in-recent-triathlon-results-claims-honest-mistake-AE12702543
Syed Saddiq pada tahun ini tidak habis-habis mendakwa kerajaan gagal menghulurkan peruntukan kepada Muar.
Sehinggakan dia memfailkan saman terhadap kerajaan.
Bukankah Syed Saddiq tidak tahu bahawa dana peruntukan tidak disalurkan kepada ahli Parlimen pembangkang?
Sebaliknya akan disalurkan terus kepada kawasan Parlimen.
Malahan, kerajaan juga berjanji untuk memberi peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang tidak lama lagi.
Pelik juga apabila hanya Syed Saddiq yang beria sangat untuk kerajaan memberikan dana peruntukan kepada Muar.
Syed Saddiq sebenarnya mahu menggunakan duit itu untuk rakyat atau diri sendiri? Masih segar dalam ingatan rakyat tentang kes dana Armada.
Adakah Syed Saddiq mahu mengulangi perbuatannya itu?
SUMBER: https://www.sinarharian.com.my/article/674341/khas/wacana/pembangkang-bukan-tidak-diberi-peruntukan-tapi-dalam-proses---suhaizan
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/03/1224542/tpm-fadillah-nafi-parlimen-muar-tak-disalur-peruntukan
Lepas sedar dia gagal memajukan Muar, Syed Saddiq cuba berlagak wira apabila mendakwa menjadi tulang belakang projek pembangunan Pusat Belia Tunku Mahkota Johor (TMIYC) Muar berjalan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Sebaliknya, projek itu berjalan mengikut jadual disebabkan oleh desakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Tak malukah mengangkat diri sendiri sebegitu rupa walaupun tidak menyumbang apa-apa kepada Muar?
Akhirnya diri sendiri mendapat malu selepas pembohongannya 'dilondehkan' oleh ahli politik lain.
Orang lain sibuk berusaha untuk memajukan Muar namun Syed Saddiq senang sahaja mahu mengambil kredit daripada usaha pihak lain tanpa perlu bekerja keras.
SUMBER: https://malaysiatribune.news/2024/03/16/bukan-sebab-syed-saddiq-projek-tmiyc-muar-diteruskan-hannah-yeoh/
https://www.nst.com.my/news/politics/2024/03/1026548/stop-acting-hero-syed-saddiq-told
Syed Saddiq telah mengabaikan Muar sepanjang tahun 2024 tanpa ada sebarang usaha pembangunan dibuat di kawasan Parlimen tersebut.
Dia lebih sibuk bermain marathon, mencetuskan naratif menyalahkan kerajaan dan sibuk dengan kes mahkamahnya.
Bagaimana Muar hendak maju kalau wakil rakyatnya sendiri penuh dengan masalah?
Rakyat Muar juga perlu sedar bahawa ahli Parlimen yang mereka pilih bukanlah individu tepat mengemudi arus pembangunan di kawasan terbabit.
Ramai lagi ahli Parlimen yang lebih berkelayakan daripada Syed Saddiq.
Kalau Syed Saddiq masih membawa naratif dan perangai yang sama pada 2025, silap haribulan Muar tidak akan maju di bawahnya.
Comments
Post a Comment