Kelicikan Mahathir Cetus Krisis Perlembagaan 1988
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa dia tidak pernah campur tangan pemilihan hakim sewaktu memegang tampuk pemerintahan negara.
Dia mendakwa pemilihan hakim diserahkan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC).
Cukuplah berbohong, Mahathir. Adakah Mahathir lupa tentang Krisis Perlembagaan 1988?
Adakah Mahathir lupa dia pernah menyebabkan seorang hakim digantikan pada ketika itu?
SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/80328
Disebabkan tidak berpuas hati dengan beberapa keputusan penghakiman Mahkamah Tinggi pada 1980-an, Mahathir melakukan pindaan ke atas perlembagaan Malaysia yang dikenali sebagai Akta Pindaan Perlembagaan 1988.
Mahathir berbuat demikian bagi menyekat kuasa badan kehakiman serta menyusun semula kedudukan mahkamah dalam sistem pentadbiran negara.
Pada masa yang sama, Mahathir bersama sekutunya menyerang dan memburukkan hakim mahkamah secara terbuka menerusi media.
Dalam pada itu, pihak mahkamah yang diketuai oleh Tun Salleh Abas memohon Yang Di-Pertuan Agong supaya bertitah agar campur tangan kerajaan dalam badan kehakiman dihentikan.
Namun, Mahathir lebih licik dan memohon kepada Yang Di-Pertuan Agong agar Tun Salleh Abas digantikan atas faktor kesihatan serta tidak mampu lagi membuat sebarang keputusan mahkamah dengan baik.
Tun Salleh akhirnya terpaksa akur untuk meletakkan jawatan selepas tiada sokongan ditunjukkan kepadanya lagi.
SUMBER: https://iluminasi.com/bm/krisis-perlembagaan-1988-pertembungan-dr-mahathir-melawan-tun-salleh-abas.html
Pada 1992, Mahathir telah memansuhkan Akta Perkhidmatan Parlimen, justeru meletakkan kuasa perundangan dalam badan eksekutif yang dikuasai oleh Perdana Menteri.
Badan eksekutif dan perundangan pada awalnya memang dipisahkan ketika Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri dan Perlembagaan dilaksanakan.
Namun Mahathir mengubah sistem berkenaan dan semenjak itu, Parlimen tak ubah menjadi 'rubber stamp' bagi dirinya.
Disebabkan itu, Mahathir boleh membuat sesuka hatinya di Parlimen.
Antaranya, dia boleh membuat pelaksanaan dasar yang tidak masuk akal semata-mata untuk memenangkan agenda Mahathir.
SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/362411
Zaman Mahathir menjadi Perdana Menteri, semua orang perlu ikut telunjuknya.
Kes yang hampir sama berlaku pada 1980-an.
Siapa boleh lupa peristiwa Ops Lalang yang dijalankan oleh Mahathir pada 1987?
Gara-gara tidak berpuas hati dengan pihak yang cuba mencabar kepimpinannya dalam UMNO pada masa itu, Mahathir mengarahkan Ops Lalang dilaksanakan.
Lebih 100 orang aktivis, wartawan dan ahli politik ditahan ketika itu, tanpa dibicarakan di mahkamah.
Susulan Ops Lalang, Mahathir memperkenalkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan untuk menyekat media daripada mengkritik kerajaan.
Setiap media perlu memperbaharui lesen setiap tahun dan jika dibatalkan, pembatalan itu tidak boleh dicabar di mahkamah.
Penerbit berita boleh dipenjara sehingga tiga tahun sekiranya menyebarkan berita palsu.
Akta itu hanya digunakan sebagai alasan Mahathir untuk mengetatkan lagi kebebasan berpolitik serta bersuara.
SUMBER: https://www.malaysiakini.com/columns/155852
Buka mulut sahaja mesti Mahathir berbohong.
Mahathir boleh lupa, tapi rakyat tidak akan lupa apa yang pernah dia lakukan.
Dia boleh pusing segala cerita tentang dirinya, tapi sejarah tidak pernah menipu.
Bersara sahajalah, Mahathir. Masih tak sedarkah diri itu tidak lagi relevan?
Mengapa masih mahu meraih simpati orang ramai lagi?
Comments
Post a Comment