Mahathir Lagi Banyak Cetus Kontroversi
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah lari daripada kontroversi.
Ada sahaja kontroversi atau skandal yang dikaitkan dengan Mahathir.
Pepatah mengatakan, kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang. Kalau dia tidak buat, mana mungkin orang lain akan bercakap.
Namun, Mahathir sangat licik menyembunyikan perbuatannya dan kerap kali menafikan segala skandal yang terpalit dengan namanya.
Mahathir bagaimanapun tidak boleh lari selama-lamanya.
Banyak bukti bertebaran di media sosial tentang 'kejahatan' Mahathir terutamanya ketika menjadi Perdana Menteri. Pada 1994, Sarawak memberi kebenaran untuk menebang lebih 1,000 hektar balak kepada sebuah syarikat yang dikenali sebagai Tanjung Tiara Sdn Bhd.
Pemegang saham dan pengerusi syarikat berkenaan adalah anak Mahathir, Mukhriz.
Perdana Menteri pula pada ketika itu adalah Mahathir sendiri.
Mukhriz pada ketika itu baru berusia 30 tahun. Pemuda berusia 30 tahun sudah mempunyai syarikat sendiri dan mampu mendapatkan projek sebesar itu?
Hanya anak Mahathir sahaja mendapat keistimewaan dan mampu mengalahkan taikun-taikun lebih besar.
Sumber: https://www.sarawakreport.org/2019/08/j-c-fong-claims-sarawak-report-shielded-mukriz-mahathir-in-astonishing-slur-against-pms-family-exclusive/
Kejadian Ops Lalang pada 1987 yang menyebabkan lebih 100 orang ditahan di kem tahanan di Kamunting, Taiping selama dua tahun masih segar dalam ingatan rakyat.
Siapa yang melaksanakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sewenang-wenangnya?
Sudah tentunya Mahathir dan dia sehingga kini berkeras tidak akan meminta maaf tentang perkara itu.
Dia kata Ops Lalang dilaksanakan atas arahan polis. Kalau begitu, siapa pula Menteri Dalam Negeri ketika itu?
Bukankah Mahathir memegang jawatan berkenaan dan meluluskan lebih 100 orang ditahan di bawah ISA?
Siapa yang bertanggungjawab memegang jawatan menteri yang menjaga hal ehwal undang-undang pada masa itu?
Tak lain, tak bukan adalah Mahathir.
SUMBER: https://sahabatrakyatmy.blogspot.com/2011/02/ops-lalang-was-making-of-police-state.html
Tular di media sosial tentang sepucuk surat rasmi daripada Kementerian Kewangan bertarikh 7 Oktober 2003 yang dikeluarkan kepada Opcom Holdings Berhad.
Opcom Holdings Berhad menerima kontrak membekal fiber optik bernilai RM214.2 juta secara rundingan terus oleh Telekom Malaysia.
Apa istimewanya syarikat itu mendapat tender berkenaan secara rundingan terus?
Anak-anak Mahathir iaitu Mukhriz dan Mokhzani memiliki kepentingan dalam syarikat berkenaan pada masa itu.
Malah, isteri kepada Mukhriz, Norzieta Zakaria turut memiliki pegangan saham dalam firma tersebut.
Ketika itu, Mahathir masih lagi memegang jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
Sekadar imbas kembali, Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri buat kali pertama pada 31 Oktober 2003. Ikutkan, banyak lagi perbuatan Mahathir yang terkutuk. Kalau hendak dirangkumkan semua, tujuh hari tujuh malam tidak habis.
Ironinya, Mahathir masih tidak malu untuk mengatakan dia banyak melakukan kebaikan dalam politik negara.
Rasa nak termuntah mendengarnya apabila Mahathir berkata demikian.
Kalau banyak membuat kebaikan kepada rakyat, mengapa sokongan terhadapnya sudah berubah 360 darjah ketika ini?
Cukup-cukuplah Mahathir mengaku dia seorang yang baik.
Comments
Post a Comment