Posts

Mahathir 'Koyak', Bangkit Naratif Mengarut

Image
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pilihan raya umum pada tahun ini bagi membuktikan bahawa Anwar mendapat sokongan pengundi. Dakwa Mahathir, Anwar tidak dipilih oleh pengundi kerana gagal mendapat majoriti dua pertiga ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pada 2022. Mahathir turut secara riak mengatakan dia tidak pernah kalah dalam lima PRU dan sering mendapat majoriti dua pertiga. Dia juga mendakwa rakyat tidak pernah menolaknya kerana percaya akan kredibilitinya sebagai Perdana Menteri sebelum ini. SUMBER: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2024/01/22/dr-mahathir-claims-anwar-wasnt-elected-pm-challenges-him-to-hold-snap-polls-now-to-prove-support/113893 Mahathir lupa ketika PRU-14, dia menjadi Perdana Menteri ketujuh meskipun tidak memegang majoriti dua pertiga. Gabungan parti yang disertai ketika itu hanya mendapat majoriti mudah dengan 113 kerusi sahaja. Maknanya dakwaan Mahathir tidak benar sama sek...

Mahathir Buat Boleh, Orang Lain Buat Tak Boleh

Image
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa UMNO akan hilang sepenuhnya pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) sekiranya kekal bersama DAP. Mahathir mendakwa kekalahan UMNO pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman menjadi bukti bahawa sokongan terhadap UMNO semakin berkurangan. Namun, Mahathir masih tidak sedar diri menyuarakan pandangan 'cemburunya' walhal partinya sendiri iaitu Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) sebelum ini tidak mampu dikelola dengan baik. Bukan sahaja tidak dikelola dengan betul, malah kesemua calon PEJUANG yang bertanding pada PRU-15 hilang wang deposit. Mahathir sendiri turut ditolak sekeras-kerasnya oleh pengundi Langkawi sehingga hilang wang deposit. UMNO sekurang-kurangnya masih menang di beberapa negeri dan mendapat sokongan daripada pengundi Melayu. Mahathir hanya menggunakan kekalahan UMNO pada PRK Kemaman sebagai indikator, sedangkan banyak lagi faktor lain perlu dilihat sebelum mengeluarkan kenyataan sedemikian. Sumber: https://www.malaysia...

Syed Saddiq Terbukti Bersalah!

Image
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman disabitkan bersalah atas empat pertuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram. Syed Saddiq dijatuhkan hukuman selama tujuh tahun dan denda sebanyak RM10 juta. Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid membuat keputusan itu mendapati pendakwaan berjaya melepasi keraguan munasabah untuk semua pertuduhan. Syed Saddiq didakwa menyeleweng sejumlah RM1.12 juta milik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), yang merupakan dana sumbangan untuk kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada tahun 2018. Dia didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim Razali, yang diamanahkan dengan dana tersebut, untuk melakukan pecah amanah. Dia juga didakwa menyalahgunakan wang sumbangan sebanyak RM120,000 untuk kegunaan peribadi. Selain itu, Syed Saddiq turut didakwa mengubah wang haram sebanyak RM100,000 melalui dua transaksi bank pada tahun 2020. Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2023/11/1175016/syed-saddiq-kena-jel-7-tahun-denda-rm10-juta-dua-s...

PAS 'King Maker' Hanya Mitos

Image
Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mendakwa parti berkenaan merupakan 'king maker' di negara ini. Muhammad Sanusi mendakwa mana-mana gerakan politik di negara ini memerlukan penglibatan parti berkenaan. Dia juga merasakan gerakan politik di negara ini tidak akan ke mana-mana tanpa melibatkan PAS. Soalnya, sejauh mana kebenaran dakwaan Muhammad Sanusi tentang PAS adalah 'king maker'? Adakah apa yang didakwa oleh Muhammad Sanusi itu mencerminkan realiti sebenar PAS dalam politik negara ini? Sumber: https://www.utusan.com.my/nasional/2023/08/pas-king-maker-gerakan-politik-perlu-libatkan-kami-sanusi/ Kalau benar PAS adalah 'king maker', mengapa parti seperti UMNO menolak hasrat PAS untuk bekerjasama semula? PAS sendiri tiada hala tuju jelas khususnya dalam soal perpaduan ummah dengan parti lain. Maka, bagaimana parti itu boleh menjadi 'king maker' yang sebenarnya? Politik Malaysia ini bukan hanya tertumpu kepada satu arah sa...

Jangan Cuba Jentik Api Permusuhan Kaum, Mahathir!

Image
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kerap kali memainkan sentimen perkauman dalam ucapannya. Mahathir seolah-olah cuba menghidupkan api permusuhan antara kaum di negara ini. Sekejap memperjuangkan Melayu namun mengkritik Melayu di khalayak ramai. Sekejap dia membuat sindiran kepada kaum Cina serta India dan kemudiannya meminta maaf. Apakah Mahathir tidak menyedari bahawa pergaduhan antara kaum adalah satu perkara yang perlu dielakkan sama sekali? Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/07/1121976/dr-mahathir-cuba-bawa-naratif-baru-bersifat-perkauman Sebelum ini, Mahathir mengeluarkan kenyataan bahawa komuniti Cina di Malaysia adalah minoriti yang kaya dan berjaya yang sepatutnya tidak terlibat dalam politik. Dia mendakwa komuniti Cina hanya akan menyokong sesebuah parti politik sekiranya menguntungkan bangsa mereka. Selain itu, kenyataan Mahathir tentang penggunaan 'chopstick' dalam kalangan orang Cina turut mengundang kemarahan para pemimpin Cina ...

Tipu Muslihat Tender Kerajaan Anak-Anak Mahathir

Image
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini menyatakan dia tidak pernah membantu anak-anaknya berjaya dalam sebarang bentuk perniagaan. Dia juga mendakwa anak-anaknya membuat pinjaman jutaan ringgit untuk membiayai perniagaan mereka. Mahathir turut meminta mana-mana pihak untuk mengemukakan sebarang bukti bahawa anak-anaknya adalah jutawan ketika dia menjadi Perdana Menteri. Hakikatnya, kita semua tahu amalan kronisme dan nepotisme Mahathir sepanjang dia menerajui negara ini. Bagaimana kesemua anak-anaknya mampu berjaya dan lebih ke hadapan berbanding anak-anak ahli politik lain? Sumber: https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2015/05/08/penjelasan-gaya-hidup-mewah-anak Baru-baru ini, kecoh tentang penularan sepucuk surat rasmi daripada Kementerian Kewangan bertarikh 7 Oktober 2003 yang dikeluarkan kepada Opcom Holdings Berhad. Ketika itu, Mahathir masih lagi memegang jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Sekadar imbas kembali, Mahathir meletakkan jawatan sebagai ...

Annuar Zaini 'Si Pengacau’

Image
Perak baru-baru ini menafikan wujudnya cubaan untuk menggulingkan kerajaan negeri itu. Perak merupakan negeri terawal yang membentuk Kerajaan Perpaduan sejurus Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) berakhir. Hebat bukan Perak? Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan belum dibentuk, tetapi Perak sudah membentuk kerajaan campuran sendiri. Siapa dalangnya yang menggerakkan semua aturan itu? Siapa lagi, tentunya individu yang paling berpengaruh di Perak iaitu Tan Sri Mohd Annuar Zaini. Ada sebab mengapa Mohd Annuar begitu tergesa-gesa mahu membentuk kerajaan Perak baharu ketika itu. Sumber: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2023/05/06/perak-govt-denies-allegation-of-change-in-state-administration-this-july/67952 Mohd Annuar kerap kali campur tangan dalam urusan pembentukan kerajaan Perak. Pada tahun 2020, dia pernah cuba memujuk Sultan Perak untuk membentuk kerajaan perpaduan melibatkan parti bukan Melayu namun gagal. Mohd Annuar juga kerap kali membawa wakil parti bukan Melayu itu berj...