Posts

Annuar Zaini 'Si Pengacau’

Image
Perak baru-baru ini menafikan wujudnya cubaan untuk menggulingkan kerajaan negeri itu. Perak merupakan negeri terawal yang membentuk Kerajaan Perpaduan sejurus Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) berakhir. Hebat bukan Perak? Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan belum dibentuk, tetapi Perak sudah membentuk kerajaan campuran sendiri. Siapa dalangnya yang menggerakkan semua aturan itu? Siapa lagi, tentunya individu yang paling berpengaruh di Perak iaitu Tan Sri Mohd Annuar Zaini. Ada sebab mengapa Mohd Annuar begitu tergesa-gesa mahu membentuk kerajaan Perak baharu ketika itu. Sumber: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2023/05/06/perak-govt-denies-allegation-of-change-in-state-administration-this-july/67952 Mohd Annuar kerap kali campur tangan dalam urusan pembentukan kerajaan Perak. Pada tahun 2020, dia pernah cuba memujuk Sultan Perak untuk membentuk kerajaan perpaduan melibatkan parti bukan Melayu namun gagal. Mohd Annuar juga kerap kali membawa wakil parti bukan Melayu itu berj...

Annuar Zaini Sukar Dipercayai

Image
Tan Sri Mohd Annuar Zaini baru-baru ini dilantik sebagai Pengerusi UDA Holdings (UDA) berkuatkuasa 23 Mac, menggantikan Datuk Norliza Abdul Rahim. Laporan media mengatakan pelantikan Mohd Annuar dapat membawa agensi itu memperkasa golongan usahawan menerusi segmen perniagaannya. Pelantikan Mohd Annuar juga diharapkan menjadi aspirasi seterusnya memacu kecemerlangan dan kelestarian UDA pada masa hadapan. Namun, perlu diketahui Mohd Annuar sebenarnya pernah gagal ketika menjawat jawatan tertinggi dan menyebabkan salah satu organisasi terkemuka di negara ini mengalami kerugian yang besar. Timbul persoalan bagaimana Mohd Annuar boleh dilantik menjadi Pengerusi UDA meskipun 'track record' dia tidaklah cemerlang seperti disangka. Sumber: https://www.bernama.com/bm//news.php?id=2175785 Mohd Annuar pernah membuat pelaburan dan mencampuri urusan pentadbiran Pertubuhan Berita Nasional Malaysia atau BERNAMA sewaktu menjadi Pengerusi Lembaga Pengelola organisasi berkenaan. Antara isu yang...

Amira Aisya Lupa Tanggungjawab Kepada Rakyat

Image
Timbalan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Amira Aisya Abdul Aziz sebelum ini mengumumkan menyertai 'International Visitor Leadership Program' (IVLP) di Amerika Syarikat (AS) selama sebulan. Tindakan Amira Aisya bagaimanapun menerima kritikan daripada segelintir pihak. Mereka mempertikaikan kewajaran Amira Aisya untuk meninggalkan kawasan Parlimennya selama sebulan. Sebagai seorang ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mewakili suara dan kepentingan rakyat di kawasan DUN, sememangnya tidak wajar untuk Amira Aisya meninggalkan kawasan Parlimennya. Amira Aisya menunjukkan ketidakmatangannya dalam menentukan baik dan buruk tindakannya itu meninggalkan kawasan Parlimen untuk jangka masa lama. Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/243647/berita/politik/adun-puteri-wangsa-terpilih-sertai-ivlp-di-as Amira Aisya masih tidak memahami kepentingan ADUN menguruskan kawasan Parlimennya dengan baik. Situasi itu akan menyebabkan rakyat di kawasan Puteri Wangsa terasa...

Apabila Liberal Bercakap Soal Agama

Image
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini mengatakan menghadiri upacara sambutan Hari Thaipusam tidak akan mengurangkan keimanannya terhadap agama Islam. Respon Syed Saddiq itu timbul berikutan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd. Na’im Mokhtar menasihati umat Islam untuk tidak terlibat atau mengambil bahagian dalam sambutan Hari Thaipusam. Syed Saddiq perlu tahu bahawa nasihat itu merupakan ketetapan panduan yang dikeluarkan oleh Mufti Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah iaitu Islam membataskan hubungan tersebut di dalam perkara-perkara kepercayaan dan amalan keagamaan. Panduan itu menyebut batas tersebut sebagai sempadan yang damai, bersemangat toleransi dalam menerima kebebasan dalam mengamal kepercayaan dan amalan agama masing-masing. Justeru, dengan prinsip ini, umat Islam adalah dilarang daripada terlibat menyertai apa- apa ritual perayaan agama bukan Islam kerana ia bertentangan dengan prinsip akidah Islam. Panjang lebar ke...

Asiah, Peguam Kontroversi Yang Sombong!

Image
Perbicaraan kes melibatkan 'adik Bella' baru-baru ini memasuki episod baru apabila kesemua peguam yang mewakili tertuduh, Siti Bainun menarik diri. Siti Bainun sebelum ini melantik 10 orang peguam untuk membelanya. Namun, kes perbicaraan tersebut mendapat perhatian Keluarga Diraja Johor dan membantu adik Bella. Salah seorang peguam kontroversi, Asiah Abd Jalil baru-baru ini memuat naik status mengutuk Keluarga Diraja Johor. Dia mendakwa mana-mana kerabat diraja tidak sewajarnya campur tangan dalam sebarang kes mahkamah. Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/240968/berita/semasa/siti-bainun-menangis-semua-peguam-tarik-diri Untuk pengetahuan Asiah, mana-mana kerabat diraja berhak menyuarakan pandangan dan pendapat mengikut Perkara 10 Perlembagaan. Kalau kerabat diraja mahu mencampuri keputusan mahkamah, baik dilakukan secara senyap-senyap tanpa pengetahuan sesiapa. Tetapi kerabat diraja menyuarakan pandangan menerusi media sosial atau erti kata lain, secara terbuka. Car...

Retorik Perkauman PN Bakal Memakan Diri Sendiri

Image
Retorik perkauman yang dicetuskan oleh Perikatan Nasional (PN) saban hari hanya mengundang kritikan kepada gabungan berkenaan. Isu perkauman merupakan sesuatu yang sensitif untuk dibicarakan dalam negara ini memandangkan Malaysia mempunyai masyarakat yang berbilang kaum. Apakah tujuan dan matlamat PN sebenarnya? Mengapa cuba memecahbelahkan rakyat dengan retorik perkaumannya? Apakah tiada modal lain untuk dibangkitkan terhadap kerajaan? Mengapa perlu guna isu yang sensitif semata-mata mahu mencapai kepentingan politik peribadi? Sumber: https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/413236 Pada November lalu, Ketua Pemuda PAS, Shahiful Nasir mendakwa penyokong Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) akan dimasukkan ke neraka jika mengundi kedua-dua gabungan tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Dalil mana yang digunakan oleh PAS untuk mengeluarkan kenyataan songsang sebegitu. Kenyataan sebegitu hanya memburukkan persepsi orang ramai terhadap Islam. PN tergamak menggunak...

Syed Saddiq Tak Habis-Habis Menipu

Image
Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tak habis-habis mahu menipu rakyat. Kalau sembang di media dan media sosial, bukan main rancak lagi. Namun, kalau hendak menipu pun, janganlah sampai kantoi. Sekarang ini zaman teknologi maklumat, semua benda boleh dicari dengan mudah. Kalau sekadar masuk politik untuk menipu rakyat, lebih baik buang saja jawatan itu. Tak guna hentam orang sana sini, tapi Syed Saddiq sendiri pun kuat menipu rakyat. Sumber: https://www.utusan.com.my/terkini/2021/06/jangan-bohong-untuk-jadi-popular-syed-saddiq-mesti-minta-maaf/ https://soscili.my/seorang-nelayan-mendedahkan-apa-syed-saddiq-buat-dalam-isu-tambak-laut-muar/ Baru-baru ini, Syed Saddiq mengedarkan laporan prestasinya di Muar. Menurut kad laporan prestasinya itu, Syed Saddiq mendakwa peruntukan sebanyak RM20 juta disalurkan kepada belia di Muar. Namun foto yang digunakan serta peruntukan yang disebut tidak selari dengan laporan prestasinya. Foto yang digunakan dalam k...